Sabtu, 26 Oktober 2013

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


BN tabur wang RM377 juta <b>di Kuala Besut</b> | KeadilanDaily.com

Posted: 21 Jul 2013 01:35 AM PDT

KUALA BESUT 21 Julai: Umno BN menaburkan janji dan sogokan sebanyak RM377.45 juta sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, kata Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli.

Katanya, jumlah itu diperolehi daripada pengumuman yang dibuat pemimpin Umno BN dan dilaporkan dalam media.

Sebagai contoh katanya, projek mendalamkan Sungai Besut yang diluluskan sebanyak RM250 juta dan penambahbaikan empangan di Pengkalan Nangka berjumlah RM35 juta.

Menurutnya, jika pilihan raya kecil itu tidak ada, rakyat di kawasan itu akan terus dipinggirkan  kerajaan negeri dan pusat. Sehubungan itu,  Hatta mempersoalkan dari sumber mana wang tersebut digunakan BN.

"Adakah perbelanjaan daripada kerajaan persekutuan, atau menggunakan dana khusus atau daripada royalti rakyat Terengganu?," katanya dipetik Malaysiakini.

Menurut Hatta, adalah penting Kuala Besut dimenangi Pakatan Rakyat bagi menentukan jumlah kerusi 16:16 di negeri itu  dan memastikan BN tidak boleh membuat keputusan sesuka hati.

Dalam sidang media juga, Dr Hatta turut mengedarkan senarai "peruntukan dan habuan" yang dilaporkan oleh media arus perdana termasuk menaiktaraf Masjid Haji Ishal, Kampung Dengir sebanyak RM343,000; projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi, Tok Saboh RM28 juta.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54454

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads