Khamis, 24 Oktober 2013

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Gambar2 Siling Masjid Runtuh <b>Di Terengganu</b>. - Satu Lagi Masjid <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2013 08:46 PM PDT

Satu lagi kejadian runtuhan berlaku di Terengganu. Kali neh melibatkan siling bagi sebuah masjid yang terletak di Kuala Terengganu.

Hari ini, sebuah lagi struktur bumbung anjung Masjid Kampung Tebauk Bukit Tunggal, runtuh selepas Masjid Kampung Baru Kertih di Kemaman dan Masjid Binjai Kertas Kuala Berang di Hulu Terengganu pada 20 Mei lalu.

Harakahdaily dimaklumkan, kejadian anjung masjid itu runtuh berlaku kira-kira jam 4.00 pagi tadi serta disedari oleh penduduk di Taman Perumahan Kampung Tebauk setelah terdengar bunyi yang kuat.

Seorang bilal masjid, Jaafar Ismail berkata masjid tersebut baru digunakan hampir dua tahun iaitu pada akhir tahun 2011.

"Saya sedar anjung masjid ini runtuh ketika datang untuk bertugas waktu subuh pagi tadi sekitar jam 5.00 pagi dan melihat lampu yang biasa dipasang di masjid terpadam.

"Saya diberitahu oleh penduduk berhampiran masjid bahawa kejadian runtuh ini berlaku kira-kira jam 4.00 pagi. Ini amat mendukacitakan tetapi bersyukur kerana tidak berlaku kemalangan jiwa," jelasnya ketika ditemui di masjid tersebut.


Rujukan :  http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/22373-siling-masjid-di-terengganu-runtuh-lagi

Gambar2 runtuhan ;






Sekali dua orang mungkin anggap kebetulan. 3,4 kali orang akan anggap penyelewengan. Lebih dari 5 kali dah mula cakap2 tersebar mengatakan ia sumpahan.

Ada sesuatu yang kerajaan negeri Terengganu perlu fikirkan. Minta tolong amek pengajaran dari runtuhan demi runtuhan yang berlaku di Terengganu.

Jangan pandang remeh hint dari Allah ini..

Fikir2kan..
IKLAN TEXT DISINI


Nak Melancong?Lihat Pakej2 Menarik Ini.


STANDBY Jer.. Bil Elektrik Nak Naik Lagi Ni, Mesti Pilih~!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads