13 di jerteh - Google Blog Search |
Gambar Bas Rombongan Pengantin Lelaki Terbalik <b>Di Jerteh</b> <b>...</b> Posted: 19 Oct 2013 10:55 PM PDT JERTEH: Rombongan 27 orang termasuk pengantin lelaki yang dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Kota Baharu, Kelantan, berdepan detik menakutkan apabila bas sewa khas yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 104, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu awal pagi Sabtu. Dalam kejadian 6.30 pagi itu, semua anggota rombongan dari Johor Bahru, Johor terbabit hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besut. Jurucakap polis Besut yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas itu cuba mengelak sebuah kereta yang hilang kawalan dan memasuki laluannya. Akibat itu bas terbabit terbabas ke bahu kiri jalan dan terbalik, katanya. Sementara itu saksi kejadian, Badli Wahab, 33, berkata kejadian berlaku kira-kira 15 meter dari rumahnya di Kampung Gerai. Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dan apabila menjengah keluar saya nampak sebuah bas terbalik dengan sebahagian badannya berada di dalam longkang yang dipenuhi air hujan, katanya kepada pemberita. Menurutnya dia kemudian bergegas menyelamatkan mangsa. - BERNAMA |
Empat Ah Long Ditahan <b>Di Jerteh</b> Dan Besut - MyNewsHub Posted: 09 Apr 2013 02:24 AM PDT KUALA TERENGGANU – Empat individu yang dipercayai 'Ah Long' yang sedang berusaha memberi pinjaman kepada orang ramai ditahan di sekitar Jerteh dan Besut awal bulan ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Supt Koh Ah Tiam berkata mereka yang berusia antara 22 hingga 45 tahun ditahan berikutan aduan orang ramai. Mereka dipercayai datang dari luar negeri ini, katanya. "Bertindak atas maklumat tersebut, kita menjalankan siasatan dan berjaya memberkas tiga lelaki di sebuah kedai di Jerteh. "Ketika serbuan dilakukan, ketiga-tiganya sedang mendekati mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata hasil siasatan ke atas mereka, seorang lagi lelaki yang dipercayai sebagai penyelia mereka ditahan pada 4 April di Besut dan daripadanya dirampas sejumlah wang tunai serta dokumen urus niaga pinjaman. Koh berkata ahli kumpulan ini dipercayai baharu dua bulan menjalankan kegiatan tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (Pindaan 2011).- BERNAMA Empat Ah Long Ditahan Di Jerteh Dan Besuthttp://mynewshub.my/2013/04/09/empat-ah-long-ditahan-di-jerteh-dan-besut/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Empat-Ah-Long.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Empat-Ah-Long-150x150.jpg TerkiniAh LongKUALA TERENGGANU - Empat individu yang dipercayai 'Ah Long' yang sedang berusaha memberi pinjaman kepada orang ramai ditahan di sekitar Jerteh dan Besut awal bulan ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Supt Koh Ah Tiam berkata mereka yang berusia antara 22 hingga 45 tahun ditahan berikutan aduan orang ramai. Mereka... KUALA TERENGGANU - Empat individu yang dipercayai 'Ah Long' yang sedang berusaha memberi pinjaman kepada orang ramai ditahan di sekitar Jerteh dan Besut awal bulan ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Supt Koh Ah Tiam berkata mereka yang berusia antara 22 hingga 45 tahun ditahan berikutan aduan orang ramai. Mereka dipercayai datang dari luar negeri ini, katanya. "Bertindak atas maklumat tersebut, kita menjalankan siasatan dan berjaya memberkas tiga lelaki di sebuah kedai di Jerteh. "Ketika serbuan dilakukan, ketiga-tiganya sedang mendekati mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata hasil siasatan ke atas mereka, seorang lagi lelaki yang dipercayai sebagai penyelia mereka ditahan pada 4 April di Besut dan daripadanya dirampas sejumlah wang tunai serta dokumen urus niaga pinjaman. Koh berkata ahli kumpulan ini dipercayai baharu dua bulan menjalankan kegiatan tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (Pindaan 2011).- BERNAMA MyNewsHubhttps://plus.google.com/108738154760102812514MyNewsHub rhad76@yahoo.comAdministratormyNewshub |