Selasa, 29 Oktober 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Trip Ke <b>Besut</b>, Terengganu - MariaFirdaus

Posted: 11 Oct 2013 05:20 AM PDT

Hari Selasa yang lepas, saya berangkat ke Besut, Terengganu. Perjalanan dari Parit Buntar ke Besut mengambil masa 6 jam. Ia sejauh 400km.
Saya drive seorang diri. Perjalanan bermula jam 3.30 petang.
Tujuan trip ke sana adalah untuk menyiapkan wiring reban ayam di sana. Ia milik UNISZA. Sebelum ini, kerja kerja sedikit tersangkut kerana belum dibekalkan bekalan elektrik di kawasan itu.

Hmmmm... Gambar ni sangat menarik. Ini kerana di sinilah sempadan antara negeri Perak dan Pulau Pinang. Lori treller tu, separuh di Perak dan separuh lagi di Pulau Pinang. Nama jalan ni pun Jalan Sempadan. Di sinilah terletaknya rumah saya.

Perjalanan melalui Tasik Banding. Memang cantik kawasan ni. Wish  one day boleh bercuti di sini dengan family.
Saya berhenti singgah tidur di rumah kawan saya di Machang. Saudara Okaz. Ini adalah board untuk kipas reban ayam. 


Bersarapan dengan Nasi Kerabu. Fuhhh.... Memang terbaik... Memang sedap gila.

Tangki air untuk reban ayam. Di hantar terus dari Butterworth. Semasa saya datang, saya ada terserempak lori ini di tepi jalan, sedang berhenti. Sebab dihadapan tu ada roadblock pemeriksaan polis. Mana lori ni boleh lepas dengan bawa barang tinggi macam ni.
Masa saya jumpa lori ni sedang berhenti, terdetik di hati saya. "Siapalah punya kerja ni. Bawa tangki punya besar, pakai lori kecik. Bahaya sungguh."
Sekali tengok tengok, tangki ni di hantar ke reban yang saya buat tu. Huhuhu....
Dia cakap, masa bawa lori ni, ada satu wayar telefon yang melintas jalan terputus. Hmmm.. Nak buat macam mana, takkan nak berhenti dia kata. Jalan terus la.
* Jangan salahkan saya ok pasal tangki ni. Ini memang untuk kegunaan di reban yang saya buat tu. Tapi bukan saya yang order.


Pemandangan dalam reban yang dah siap sepenuhnya. Reban ini fully automatik.

Ini bahagian kipas dan tong makanan automatik. Saya berjumpa dengan orang yang menguruskan wiring di reban ayam saya.

Lepas habis berbincang dengan wireman, saya dan Okaz terus ke Lata Tembakah. Air terjun yang terletak sekitar 10km dari tapak reban UNISZA.


Setiba di sana, suasana lengang. Tiada pengunjung. Mungkin sebab ia hari Rabu. Sekali bila tanya guard, dia cerita hari Jumaat lepas ada 3 pengunjung meninggal dunia di sini. Terperangkap akibat mandi di tempat yang dalam.
Mereka mandi di tempat yang berkedalaman 6 meter. Bersamaan dengan 20 kaki. Dalam tu. Ceritanya, ada seorang yang lemas. Dan ada dua orang kawan yang nak pi tolong. Akhirnya, ketiga tiganya mati lemas. Mereka adalah pelajar dari UMK.
Terus saya seram sejuk nak mandi di sini.

Biasanya saya pergi ke sini arinya jernih kebiru biruan. Tapi kali ini datang, agak keruh. Menambah kurang mood nak mandi.


Saya mandi di Air Terjun Tingkat 1 sahaja. Orang yang meninggal tu mandi di Tingkat 5.


Di sinilah saya dan Okaz mand. Kawasan luas. Tak dalam sangat. Sekadar paras bahu. So, taklah merbahaya. Tapi, disebabkan berita kematian 3 orang hari Jumaat lepas, di tambah dengan air keruh, di tambah dengan orang tak ada. Saya pun takut. 
Akhirnya, saya mandi tak sampai 5 minit pun. Okaz mandi pun dalam 15 minit. Memang kami mandi 2 orang sajalah hari tu. Huhu...
Menakutkan. Terus saya ajak Okaz balik.
12 tengah hari, kami bertolak balik dari Besut. Saya drive terus ke Parit Buntar.
Setiba di Batu Melintang, saya memulakan pendakian mendaki Banjaran Titiwangsa. Hujan mula turun pada waktu itu. Ada kalanya hujan lebat, adakalanya hujan sederhana. Ada beberapa tempat sahaja yang tidak hujan.
Jalan agak licin. So saya memandu dengan perlahan lahan. Lampu terpaksa dibuka disebabkan kabus yang menutupi jalan.
Dalam hujan hujan ni pun, ada juga pemandu yang bawa kereta laju. Saya agak berhati hati kalau memandu dalam keadaan hujan. Sebab saya tahu jalan licin.
Tiba tiba, ada sebuah kereta Honda Accord memotong saya dengan begitu laju. Deruman enjin kereta tu menunjukkan yang pemandu dan modify enjin kereta.
Tak sampai 5 minit, kereta dari arah bertentangan mengangkat High Beam kepada saya. Hati saya berdebar. Harap tak ada apa apa yang buruk berlaku dihadapan.
Tiba tiba, saya ternampak kereta Honda Accord yang memotong saya dengan laju tadi dah terbabas ke sebelah jalan. Dah masuk longkang. Pada waktu itu hujan tersangat lebat. Saya lihat pada waktu itu, pemandu sedang keluar dari keretanya.
Allah Allah.... Mengapalah perlu jadi macam ni. Dalam hati saya rasa bersalah sebab tak berhenti tolong. Hmm... kalau saya berhenti pun panjang ceritanya. Perjalanan saya masih jauh.
Hanya iringan doa buat mereka yang terlibat agar tidak ada sesuatu yang buruk berlaku. Semoga Allah mudahkan perjalanan mereka.
Jam 8 malam baru sampai. Huhu.... Subhanallah. Agak meletihkan. Tetapi, dengan vitamin Shaklee. Hehe.... Badan saya mampu bertahan dengan izin Allah. Bukan mudah nak drive seorang diri. Dengan jalan bengkak bengkok.
Buat anda yang selalu travel jauh, sorang sorang saya cadangkan anda untuk mendapatkan suplemen bagi menambah tenaga anda untuk travel jauh.
Oklah.. That's all for now...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads