13 di pulau kapas - Google Blog Search |
Kenangan belayar # 10: Tiba <b>di Pulau Kapas</b> ~ Wartashubhi Posted: 03 Jul 2013 06:00 PM PDT Singgahan akhir kami belayar adalah di Pulau Kapas. Sehari sebelum menuju ke Pulau Kapas laut bergelora sampai tak mampu berdiri atau berjalan walaupun 5 minit. Gagah berdiri membuatkan aku senak perut meloya dan pening nak muntah. Rasa nak keluarkan semua isi perut walaupun tak ada apa dalam perut sebab tak lalu nak makan. Macam mana nak makan?, baru bayangkan makanan sahaja dah rasa nak muntah. Itu namanya mabuk laut. Seksa rasanya mabuk laut ini membuatkan aku hanya habiskan masa tidur dan tidur. Bangun dengan lemah hanya untuk tunaikan solat. Kena tunaikan cepat-cepat sebab terasa meloya nak muntah bila berdiri lama sikit. Kapal tak boleh singgah dekap ke jeti di Pulau Kapas, jadi kena guna bot kecil tersebut. Kami turunkan ramai-ramai bot itu dan kemudiannya terus naik beramai-ramai untuk ke sana. Pulau kapas tak besar sangat keluasannya. Tak ada perkampungan di situ, hanyalah pusat peranginan yang dipenuhi oleh beberapa resort persendirian. Oklah jugak walaupun tak sepuas rasa minum teh tarik di kedai mamak. Tak ada kedai mamak di Pulau Kapas, kalau ada mamakpun pergi ke sana, mereka tak akan buka restoran di situ sebab bukannya satu kawasan yang ada ramai orang.
Berbeza pula dengan orang Melayu, mereka akan buka restoran di kawasan tersorok dan tak ada orang. Alasannya adalah kerana harga sewa murah. Selepas buka 6 atau 7 bulan, tutup kedai sebab tak ada orang pergi.... Ini aku lampirkan beberapa keping gambar yang dirakam di Pulau Kapas. Ada banyak lagi gambar pemandangan di pulau tersebut yang akan aku paparkan selepas ini. |
You are subscribed to email updates from di pulau kapas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan