Jumaat, 13 September 2013

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


aku dan duniaku: PERCUTIAN <b>DI PULAU KAPAS</b>

Posted: 06 Jun 2013 10:40 PM PDT

Bismillahhirrahmannirrahim.... Salam Sejahtera.
Cuti sekolah kali ini agak panjang, selama 2 minggu. Cuti bermula dari hari Jumaat  (24/5/13) yg kebetulan jatuhnya cuti umum hari wesak. Musim cuti sekolah, ramai yg mengambil kesempatan membuat kenduri walimatul urus. Setiap hujung minggu ada saja jemputan, sehingga ada sampai tiga empat jemputan. Yg mana berhampiran dan kenalan dekat perlu diutamakan.
Pada 2/6/13 (Ahad) aku sekeluarga keluar rumah seawal jam 7.30 pagi untuk ke Kuantan sempena menghadiri satu jemputan perkahwinan, seorang sahabat Mr Hubby mengahwinkan anak mereka. Sebelum bertolak kami singgah di Taman Tun utk bersarapan.
Hari itu cuaca cantik. Langit cerah, panas memancar2. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke PDRM Logistik, Alor Akar Kuantan lebih kurang jam 12.30 tengahari.
Macam2 makanan ada dihidangkan.  Keluarga kami diantara tetamu yg terawal sampai.. hehehe.. Epul dan Ako tidak menyempat2 nak bergerak ke Pulau Kapas. Selesai makan, kami pun meminta diri dari tuan rumah walau pun tak sempat menunggu pengantin datang.  
Kami perlu sampai ke Jeti Marang dalam jam 5 petang. Perjalanan dari Kuantan ke Marang mengambil masa lebih kurang 3 jam.  Alhamdulillah, kami sekeluarga bersama keluarga kawan Mr Hubby selamat sampai ke Jeti Marang lebih kurang pukul 4.30 ptg.
Cuaca panas terik. Sementara menunggu ayah berurusan dgn orang bot, dua budak2 ini duduk berehat di but kereta.

Ibu juga tidak melepaskan peluang mahu merakamkan kenangan di Jeti Marang sementara menunggu bot datang... hehehe... Bukan sahaja anak2 malah aku juga tidak sabar2 mahu sampai ke Pulau Kapas utk menikmati suasana dan menghabiskan percutian kami di pulau itu selama 4 hari 3 malam.
Sebaik nampak kelibat bot, perasaan teruja aku membuak2. Ombak kelihatan agak bergelora.  Mungkin sebelah petang deruan ombak kuat dari waktu2 lain kut. Yg peliknya, kami tidak diberi jaket keselamatan utk dipakai. Bahaya betul. Keluarga kawan Mr Hubby mempunyai 3 orang anak2 yg masih kecil. Bot dahlah laju yg amat. Aku menjerit2 setiap kali bot melanggar ombak. Terasa bot melayang2. Memang seramlah masa tu. Anak kawan Mr Hubby yg paling kecil sampai menangis sebab ketakutan. Kesian dia.
Inilah bot laju yg kami naik. Pengalaman yg tak akan aku lupakan. Takut tapi seronok.. hehehe.. Mr Hubby dan anak2 mengejek dan memperli aku sebab menjerit2 sakan. Perjalanan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas mengambil masa lebih kurang 10 minit saja tapi rasa mcm 10 jam.. hahaha..
Di sinilah kafeteria Kapas Island Resort sekali gus tempat mendaftar masuk

Dua beradik ini tidak sabar mahu check-in

Ini surau, di sinilah kami ditempatkan kerana semua chalet penuh.. hahaha.. pada mulanya anak2 mengeluh tapi bila dah tidur satu malam di situ, eh macam best pulak. Ruangnya luas dan aircond dia sejuk giler, kata Ako.
Belajar dan sewa peralatan diving juga ada disediakan di sini

Cuaca panas terik sebelah siang

Kami berendam tak hingat sampai tak kesah kulit dimamah terik matahari.. hitam pun hitamlah, yg penting enjoyyyy..



Sepanjang hari kami mandi laut dan bersnokeling juga



Tidak ada aktiviti lain di pulau ini, selain berkubang, makan dan tidur.. hehehe..
Aku, anak2 dan keluarga kawan Mr Hubby


Makanan di sini sangat2 mahal. Percaya atau tidak hanya bersarapan utk 6 org dewasa berharga RM60. Nak tau makan apa? Makan roti bakar je dan air sorang satu dan 3 set telor separuh masak. Makan tengahari kos dalam RM150, begitu  juga untuk makan malam. Makan nasi berlaukkan ikan, tomyam, telur dadar dan sayur. Kalau seminggu duduk sini, memang pengsan.


Hari selasa 4/6/13 adalah hari terakhir kami di Pulau Kapas.  Pukul 11.00 kami menaiki bot dari jeti Pulau Kapas dan selamat sampai ke Jeti Marang 10 minit kemudian.
Laut kelihatan tenang. Bot yg kami naiki tidak seperti sewaktu kami pergi ke Pulau Kapas. Tidak melompat2 dan aku tidak takut langsung walaupun aku berharap bot itu dipandu laju dan melompat2 melawan gelombang ombak seperti pengalaman kelmarin. hahahaha.. 
Selamat tinggal Pulau Kapas.
Kami sekeluarga tidak terus pulang ke KL, sebaliknya kami singgah bermalam di Kuantan. Kami selamat sampai Kuantan dalam jam 4 petang dan terus check in di sebuah hotel ditengah bandar Kuantan.
Petang itu, kami ke Taman Gelora yg letaknya hampir dgn IKIP.  Di situ buat pertama kalinya aku merasa Mee Calong yg dicadangkan oleh seorang kawan Mr Hubby. Rasanya seperti mee sup.  Rupanya mee calong ini begitu popular di sini.
foto ini hasil dari pak gugel ..
Malamnya pula kami menghabiskan masa di Kompleks Teruntum sebelum makan malam di Restoran Mail ikan bakar di Tanjung Lumpur.

Keesokan paginya, sebelum bertolak pulang kami singgah pula di Restoran D'Jelira yg terletak di Peramu. Nasi kerabunya memang sedap, belum pernah aku rasa nasi kerabu sesedap ini di KL. Nasi kerabu yg diletakkan campuran ulaman, sambal campur budu, kelapa sangai, daging salai dan ayam bakar, makan sepinggan kenyang sampai ke petang.
Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai di rumah lebih kurang jam 1.30  tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads