Khamis, 5 September 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


500 Jalur Gemilang diedarkan Konvoi Kembara Merdeka <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2013 09:24 AM PDT

Posted on August 18, 2013, Sunday

HULU TERENGGANU: Sebanyak 500 Jalur Gemilang diedarkan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di beberapa lokasi sekitar Parlimen Hulu Terengganu, sempena sambutan ulang tahun Kemerdekaan negara ke-56 tahun.

Konvoi sehari yang disertai 45 buah kenderaan termasuk pacuan empat roda, anggota Kelab Perodua Viva dan 300 motosikal itu dilancarkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari di sini, semalam.

Jailani yang juga ahli Parlimen Hulu Terengganu menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menghayati semangat kemerdekaan dengan menterjemahkannya melalui sikap berhemah dalam penggunaan laman sosial serta menghormati semua pihak.

"Kemerdekaan yang kita peroleh ini sangat berharga dan rakyat Malaysia perlu sama-sama mengekalkannya demi jaminan masa depan generasi akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvoi Jalur Gemilang itu di Dataran Kuala Berang.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan kira-kira 10,000 rakyat ke majlis rumah terbuka Parlimen Hulu Terengganu yang turut disertai Pos Malaysia, Celcom, Digi, Maxis dan Telekom Malaysia, sebagai penyedia juadah.

Mengulas mengenai 100 hari pertama beliau sebagai anggota Parlimen pada 13 Ogos lalu, Jailani berkata tiga fokus diberikan dalam membangunkan daerah yang dikenali sebagai 'Bandar Di Bawah Tasik' itu.

"Sepanjang tempoh ini, saya memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu aktiviti kemasyarakatan, pembangunan modal insan dan memperkenalkan Hulu Terengganu melalui pelbagai media," katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads