Isnin, 16 September 2013

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Buang bayi dalam loji najis Universiti <b>di Dungun</b> - Rakyat Tranung <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2013 05:59 PM PDT

Mayat bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui di dalam loji kumbahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, mayat berkenaan ditemui terapung oleh kontraktor pembersihan UiTM yang menjalankan kerja penyelenggaraan kumbahan kira-kira 11.30 pagi.
Beliau berkata, pada awalnya pekerja berkenaan menyangkakan objek yang terapung itu anak patung namun setelah diamati mendapati ia mayat seorang bayi.
"Mereka terus memaklumkan penemuan mayat itu kepada pihak universiti sebelum melaporkan kepada polis dan kita percaya mayat berkenaan telah lama berada di dalam loji," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, semasa ditemui keadaan mayat bayi itu kebiru-biruan dan dipercayai meninggal dalam tempoh 48 jam. Kepalanya telah pecah manakala bahu kanan patah dan mereput.
Katanya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130829/je_14/Mayat-bayi-dalam-loji-kumbahan-UiTM-Dungun#ixzz2dPS1busD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peniaga Restoran Maut Ditikam <b>Di Dungun</b> | Terengganu Today

Posted: 12 Aug 2013 07:43 PM PDT

11Dungun : Seorang peniaga restoran telah maut ditikam di hadapan premis miliknya sendiri dan keretanya telah dilarikan suspek dalam kejadian pagi ini.

Mangsa, Mohamad Lutpi Bin Mansor, yang menjalankan perniagaan nasi kukus di sebuah restoran di Dungun, Paka;  maut setelah ditikam di dadanya.

Kejadian dikatakan berlaku sebaik mangsa pulang dari surau selepas mengerjakan solat Subuh dan menuju ke premisnya berdekatan Jalan Besar, Paka. Kejadian berlaku kira-kira jam 7.00 pagi ini.

Suspek turut melarikan kereta jenis HILUX bewarna hitam milik mangsa dengan nombor pendaftaran CCL 5455.

Motif pembunuhan dipercayai berpunca dari hutang. Kes masih dibawah siasatan polis dan kes disiasat di bawah seksyen 302.

1213

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads