13 di chukai - Google Blog Search |
DUNIA ITU: Pemuda dikhuatiri lemas terjatuh ke dalam Sungai <b>Chukai</b> Posted: 30 Aug 2013 08:46 PM PDT Muhamad Aryye Azwan. - Gambar Sinar Harian. CHUKAI – "Pada hari raya pertama lalu, dia nampak pelik kerana ghairah mengusik anak saudaranya kononnya dia jadi hantu, dia tampal bedak sampai putih mukanya, conteng muka dengan lipstik serta selubung badan dengan selimut," kata kakak kepada penjual buah, Sufioni Awang, 39. Adiknya, Muhamad Aryye Azwan, 25, dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Chukai di Jakar ketika sedang berada di sebuah warung yang terletak di tepi sungai itu untuk melihat rakannya memancing dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi semalam. Dalam kejadian itu, difahamkan kawan-kawan mangsa yang sedang memancing dan duduk jauh dari mangsa nampak mangsa terkapai-kapai sebelum terus tenggelam ke dasar sungai. Sufioni berkata, dia tidak menduga perlakuan aneh adiknya pada hari raya lalu menjadi petanda adiknya itu akan ditimpa musibah sedemikian. "Kali terakhir saya bercakap dengannya sebelum dia keluar rumah kira-kira jam 11 malam tadi (malam semalam), lepas itu dia tidak pulang ke rumah sebelum jam 7.30 pagi tadi (semalam) ada orang hubungi saya dan maklumkan yang dia lemas. "Dalam tiga hari kebelakangan ini, dia tidak pergi kerja sebab demam dan saya tengok dia banyak termenung," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian untuk melihat kerja-kerja mencari dan menyelamat yang dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dibantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kemaman. Muhamad Aryye Azwan yang juga anak kelima daripada enam beradik tinggal dengan Sufioni dan membantu ibu angkatnya menjual buah di deretan gerai buah bersebelahan Pasar Besar Chukai. Sufioni yang mempunyai anak dua dan bekerja sebagai pembantu kedai turut mengakui berasa resah dan serabut beberapa hari kebelakangan ini. Sementara itu, Pegawai Operasi merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Yahaya Hanafi berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan bermula jam 9.30 pagi selepas pihaknya mendapat laporan mengenai kejadian itu. "Operasi dilakukan dengan kekuatan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai termasuk lapan anggota dari Unit Selam dengan menggunakan tiga buah bot. Operasi turut dibantu lapan anggota JPAM Kemaman diketuai Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Jefri Ibrahim yang turut melakukan rondaan di permukaan sungai. "Berdasarkan maklumat terakhir, mangsa dilihat timbul seketika berdekatan jeti slipway yang terletak dekat dengan warung, jadi kita tumpukan usaha menyelam di dasar dan mencari di permukaan sekitar kawasan itu," katanya. Menurutnya, biarpun air sungai sedikit berarus dan keruh, banyak kayu serta terdapat pukat buruk dalam sungai, namun ia tidak menghalang pihaknya untuk melipatgandakan usaha mencari dan menyelamat. Bagaimanapun, usaha mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan kira-kira jam 7 petang dan akan disambung semula pagi ini. Sinar Harian 31 Ogos 2013 Mayat mangsa lemas dijumpai Mayat mangsa yang ditemui kira-kira jam 5.15 petang semalam dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kemaman untuk Muhamad Aryye Azwan dibedah siasat KEMAMAN – Selepas 35 jam operasi mencari dan menyelamat dilancarkan akhirnya mayat pembantu gerai buah yang dikhuatiri lemas di Sungai Chukai, belakang Stesen Minyak Jalan Jakar, dijumpai berdekatan jeti bot tempat mangsa dilihat tenggelam kira-kira jam 5.15 petang semalam. Pegawai Operasi merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Yahya Hanafi berkata, tubuh mangsa, Muhamad Aryye Azwan, 25, timbul dan kepalanya dapat dilihat dari permukaan air beberapa meter di hadapan khemah operasi. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan masih lengkap berpakaian iaitu berseluar jeans dan kemeja T berwarna merah ditemui kira-kira 15 meter dari tebing sungai. "Dengan penemuan ini, operasi ditamatkan jam 5.30 petang dan kita berterima kasih kepada semua agensi yang bekerjasama dalam operasi mencari dan menyelamat ini," katanya. Operasi yang masuk hari kedua semalam dilakukan dengan kekuatan 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Kemaman dan Cheneh dengan menggunakan empat buah bot. Kerja-kerja mencari dan menyelamat turut dilakukan polis dengan kekuatan tujuh anggota, dua pegawai dan sebuah bot serta JPAM dengan kekuatan lapan anggota dan sebuah bot serta Rela. Yahya berkata, operasi mencari dan menyelamat yang bermula jam 7 pagi itu dilakukan di sepanjang sungai itu sejauh kira-kira tujuh kilometer sehingga ke muara Sungai Kuala Kemaman sungai di bawah jambatan Bukit Kuang. Mayat Muhamad Aryye Azwan kemudiannya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi kelmarin, mangsa yang juga anak kelima daripada enam beradik dan tinggal bersama kakaknya di Rumah pangsa Dusun Nyior lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Chukai ketika sedang berada di sebuah warung yang terletak di tepi sungai itu untuk melihat rakannya memancing. Sinar Harian 1 Sep 2013 |
You are subscribed to email updates from di chukai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan