13 di pulau bidong - Google Blog Search |
- AWAS !!! Kencing Tikus <b>di Pulau Bidong</b> Terengganu
- Program Survival Laut dan Penghayatan Warisan Edisi Media <b>di</b> <b>...</b>
- <b>Pulau Bidong</b> bakal jadi warisan Terengganu | Terengganu Today
AWAS !!! Kencing Tikus <b>di Pulau Bidong</b> Terengganu Posted: 14 Jun 2013 02:45 AM PDT KUALA TERENGGANU: Kematian seorang kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 8 Jun lalu setelah menyertai aktiviti di Pulau Bidong di sini, disahkan akibat jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis). Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu hari ini setelah hasil ujian lanjut yang dijalankan di Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia mendapati keputusan darah Ahmadi Abdul Ghawi, 47, positif virus itu. "Ujian dibuat ke atas 63 orang termasuk mereka yang telah bersama menyertai aktiviti di Pulau Bidong dan hasilnya mendapati mereka tidak dijangkiti penyakit itu dan berada dalam keadaan sihat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata berikutan pengesahan itu, jabatan mengambil langkah menutup sementara Pusat Penyelidikan UMT di Pulau Bidong untuk pembersihan dan semua aktiviti hendaklah diberhentikan sehingga keputusan sampel persekitaraan yang diambil diketahui. Dr Anwa berkata jabatan turut menasihatkan nelayan yang singgah di Pulau Bidong agar tidak menggunakan kemudahan yang ada di pulau itu. Jabatan juga telah mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan awal virus itu di Pulau Bidong termasuk melakukan penilaian risiko persekitaran yang meliputi tempat penyediaan makanan, stor makanan, pengurusan sisa makanan dan sampah yang boleh mengundang kehadiran tikus. "Sebanyak 16 sampel persekitaran iaitu 11 sampel sumber air dan lima sampel tanah telah diambil dan keputusan persampelan dijangka diperoleh selepas dua minggu lagi," katanya. Beliau turut menasihatkan orang ramai yang pekerjaan mereka terdedah kepada air atau tanah yang tercemar agar memakai pakaian perlindungan kalis air seperti but getah dan sarung tangan, menutup luka-luka kulit dengan balutan kalis air, mencuci dengan air bersih selepas pendedahan dan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika mengalami gejala. Orang ramai juga dinasihat menjaga rumah dan premis mereka agar bebas daripada tikus dan pembawa-pembawa kuman yang lain, manakala bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, vaksin leptospirosis boleh diberikan, katanya. - BERNAMA |
Program Survival Laut dan Penghayatan Warisan Edisi Media <b>di</b> <b>...</b> Posted: 30 May 2013 07:36 PM PDT
Salam.
Kepada anda diluar sana yang belum baca lagi part satu entri ini sila baca dulu ok. Hari ke-2 kami di Pulau Bidong sangat ohsem. Ada aktiviti memancing di laut dalam dan aktiviti jungle trekking dan lawatan ke tapak penempatan warga Vietnam yang pernah menetap di situ beberapa tahun lalu. Seriously aku baru tahu Pulau Bidong mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pulau Bidong pernah menjadi penempatan warga Vietnam.Sampai sekarang ada lagi peninggalan mereka macam kubur, tapak bangunan dan patung.
Aku nak tahu tak masa aktiviti memancing tu aku mabuk laut. haha gelakkan diri sendiri. Sah-sah la ikan pun tak dapat. Firstime aku join aktiviti macamnie beb. Mula-mula memang ilek-ilek lagi memancing dengan seronok sekali. Then mula la aku rasa pening dan loya. Nak muntah pun ada. Aku bagi pancing aku dekat orang lain. Aku baring terus atas kapal. kahkah. =p
Tengok gambar kat atas seronok Amir dapat ikan. Sekali dapat bukan seekor tapi dua ekor kau. Aku paling kagum dengan Aslina la sebab dia dapat ikan kemain banyak. Ada la dalam 5 ekor kalau tak salah kan Aslina ? Aku tak tahu la Aslina tu pakai umpan apa. Papepun, aktiviti memancing akan jadi lagi seronok kalau aku tak mabuk laut then dapat ikan 10 ekor. heh.
Lepas dapat ikan 15 ekor, masa memancing pun dah tamat. Kitorang dibawa ke melawat tapak peninggalan warga Vietnam yang pernah menetap di Pulau Bidong berpuluh-puluh tahun yang lepas. Masa tu aku belum lagi dilahirkan. Kau nak tahu cerita disebalik penempatan warga Vietnam nie kau tanya Amir. Story yang dia buat pasal Penempatan Vietnam masuk paper haritu. Kemain eksaited lagi dia.
Hutan belakang kitorang itulah tapak penempatan warga Vietnam. Korang nampak tak mercu tanda tinggi belakang kitorang tu yang sebelah kanan ? Haa, itulah antara binaan diorang yang masih teguh sehingga sekarang. Aku ada bergambar dekat situ tapi Amir tak kasi pun gambar tu dekat aku. Biasalah aku pakai kamera ehsan orang je. Takde kamera sendiri. Kakak paling kanan dalam gambar diatas merupakan kakak angkat Aslina dan Amir. Cantik angat kakak angkat korang. aherher.
Kalau korang nak tahu, pasir dekat gambar bawah nie halus gila. Semangat aku turun bawah semata-mata nak pergi sentuh pasir halus itu. Pantai dia pun sangat CANTIK. Air jernih bukan main lagi. ALLAHUAKHBAR ! Dapat snorkeling sini memang best nie. aha. Jungle trekking kat Pulau Bidong nie boleh tahan letih dia. Tempat kitorang berhenti masa jungle trekking yang ada pokok menjalar besar macam buai tu sangat unik. Aslina dengan Amir siap bergambar lagi situ. Tapi gambar tu takde. Sedeh kan. Semua gambar takde nak tunjuk dekat korang. Pasnie kalau nak pergi program wajib bawak kamera sendiri. =p
Bersama geng media prima Kuala Lumpur dan Bernama Kuala Lumpur sebelum berangkat pulang ke jeti Marang. Korang sangat sporting. Kenal 2 hari pun dah boleh bergurau macam kenal 2 tahun tau. Siap janji nak belanja aku lagi tu kalau aku pergi Kuala Lumpur kan Raffi. Harap Raffi baca blog aku lol. Biasalah sporting. Nama pun orang media kan. =p
Harap tahun depan boleh join lagi program nie. Dengar kata setiap tahun diadakan program camnie dekat Pulau Bidong sana. Terima kasih urusetia program yang cantik kacak bergaya tu sebab incharge kitorang sepanjang program.
Aslina suka sangat dengan abang urusetia yang pakai t-shirt 7 dalam gambar bawah ini. Kan Aslina ? Haha. Tahniah buat Nik yang dah habis praktikal di Bernama. Semoga cepat-cepat dapat kerja. Panjang umur kita jumpa lagi. |
<b>Pulau Bidong</b> bakal jadi warisan Terengganu | Terengganu Today Posted: 01 Jul 2013 12:00 AM PDT Kerajaan Negeri Terengganu bercadang menjadikan Pulau Bidong, yang kaya dengan peninggalan sejarah selain keindahan alam semulajadi dan terumbu karang, sebagai pulau warisan negeri, sekali gus menjadi tarikan pelancongan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Jidin Shafie berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat untuk mengkomersilkan pulau itu yang pernah menjadi tempat pelindungan pelarian Vietnam. Bagi merealisasikan impian itu, beberapa infrastruktur akan ditambah selain kerja-kerja pembersihan selain memelihara khazanah yang terdapat di pulau itu, katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan ke pulau-pulau di kawasan Pulau Bidong baru-baru ini. "Kita akan menjadikannya sebagai pulau pusat rekreasi sejarah selain membolehkan penggiat sejarah meneruskan kajian mereka terhadap peninggalan masyarakat terdahulu," katanya. Mohd Jidin berkata walaupun pulau berkenaan dibuka untuk kunjungan pelancong namun pihaknya akan memastikan ia dilakukan secara terkawal bagi memastikan warisan peninggalan sejarah terus terpelihara. Katanya pulau seluas 203 hektar itu mempuyai nilai sejarah yang tinggi dan kerajaan negeri akan melakukan beberapa program pemuliharaan untuk mengekalkan keindahan alam semulajadi di pulau itu. Selain itu, katanya beberapa kemudahan juga akan ditambah di pulau-pulau untuk nelayan kecil berlindung daripada ombak besar, angin kencang dan ribut. – Bernama |
You are subscribed to email updates from di pulau bidong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan