Ahad, 11 Ogos 2013

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


teganuku: Kemudahan Asas <b>Di Pulau Bidong</b> Mampu Tarik <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2013 12:40 PM PDT


Pulau Bidong, yang terkenal sebagai tempat perlindungan kira-kira 250,000 pelarian Vietnam pada 1975, perlu terus dipulihara dengan pembinaan beberapa kemudahan asas bagi keselesaan pengunjung.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu Mohd Sabri Zakaria berkata walaupun Pulau Bidong bukan seperti pulau peranginan lain di Terengganu, kemudahan asas seperti tandas, pondok rehat dan laluan pejalan perlu dibina kerana ia masih dilawati generasi pelarian Vietnam berkenaan.

"Malah ada juga pelancong tempatan yang datang ke sini untuk menikmati keindahan semula jadi di Pulau Bidong yang masih terpelihara daripada sebarang pencemaran.

"Bagi warga Vietnam pula, kunjungan ke pulau ini bertujuan menziarahi pusara nenek moyang mereka yang menghembuskan nafas terakhir di sini dan mengembalikan nostalgia suka duka kehidupan mereka di pulau bersejarah itu," katanya kepada pemberita pada gotong royong pembersihan kawasan peninggalan pelarian Vietnam di pulau berkenaan, kelmarin.

Mohd Sabri berkata pihaknya akan memberi sokongan kepada kerajaan negeri Terengganu bagi memastikan pembinaan kemudahan asas di Pulau Bidong berjalan lancar.

Seramai 23 sukarelawan berbangsa Vietnam, yang kini warganegara Australia dan Amerika Syarikat, tiba di Pulau Bidong sejak 6 April lepas bagi membersih sekitar kawasan pulau berkenaan. Sukarelawan 'Archieve Of Viatnamese Boat People' itu dibantu 20 sukarelawan tempatan memotong rumput, mengecat semula perkuburan lama Kristian dan Buddha serta membina laluan pejalan kaki di sekitar kawasan perkuburan yang berbukit.

Kira-Kira 250,000 pelarian Vietnam berlindung di beberapa pulau sekitar Asia Tenggara sebelum diterima negara ketiga termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, New Zealand, Sweden, Finland, Denmark dan Norway.

Daripada jumlah itu, kira-kira 9,000 pelarian kembali ke Vietnam dengan bantuan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Pelarian (UNHCR). Selepas Pulau Bidong ditutup pada Oktober 1991, kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk tidak membenar sebarang pembangunan resort atau hotel bagi memelihara tinggalan sejarah berharga di pulau itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads