Selasa, 13 Ogos 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


aLw!z b3 my baby: Tempat-tempat menarik <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 05 Jun 2013 09:01 PM PDT

alamak! ada yang request suh aku cepat² update percutian Kuala Terengganu ler.. huhuhu.. so demi tak menghampakan peminat² mak *muntah ijou  meh la aku up sikit. tapi gambo je la banyak eh. untuk details tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu nanti aku buat entry lain... atlis entry ni leh ler bagi gambaran kat korang ape yang best kat ganu nih. :-)


1) Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

kat Pantai Batu Burok ni memang meriah.. macam² aktiviti boleh buat - naik kuda, main layang², main ATV, ada playground, gerai² jual air, kepok lekor, etc. sangat meriah!
2) Taman Monumen, Taman Tamadun Islam
 
Salah satu tempat yang wajib singgah klu pegi KT. Taman Monumen ni terletak di Pulau Wan Man dan mengandungi replika-replika senibina Islam di seluruh dunia. untuk details nanti aku buat entry lain yer...
salah satu monumen kat sini - The Dome of Rock
(Kubah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin)

3) Taman Tamadun Islam River Cruise

selain Taman Monumen, kat Taman Tamadun Islam ni jugak ada river cruise. perjalanan naik cruise mengelilingi Pulau Duyong amik masa lebih kurang 45 minit. oh, kat sini jugak terletaknya Masjid Kristal yang cantik tu..

4) Keropok Lekor Bukit Tok Beng (BTB)

ni ler kedai kepok lekor yang femes tuh. kepok paling sedap kat ganu katanya... kedai ni terletak di Kg. Bukit Tok Beng yer. terbukti memang sedap. kena dengan tekak aku.

5) Pasar Payang Kuala Terengganu

yang kaki soping mesti suke datang tempat ni specially mak-mak kite... huhuhu.. habis semua nak diborongnya... macam² jenis makanan mak aku beli. haih. aku tak beli pape pon. cuci mata jer.. panas la kat dalam nih. telur penyu - ape rasa ek??

6) Pantai Teluk Ketapang

Terengganu ni banyak pantai tapi banyak yang tak boleh mandi. huhuhu... takat bergambo je ler kat sini. huhuhu...

7) Ikan Celup Tepung ICT, Pantai Teluk Ketapang

dah alang² sampai Pantai Teluk Ketapang, jom pekena ikan celup tepung yang femes emes tuh... ada banyak kedai ict kat sini.. ada ikan, ketam, udang, sotong, cendawan.. mabelesss...

8) Air Buah Gelas Besar Terengganu

kedai ni terletak di Seberang Takir.
.
gelas die memang besar gabak hokey. aku share air ngan mak. itu pun jenuh nak abiskan. gelas besar ni harga RM3.50 sajok. murah giless... dah la sedap.pekat.pior punya.

9) I-City Pulau Warisan
.

kat Ganu pon ada I-city hokey. tapi takde la semeriah kat Shah Alam tu.. boleh la nak lepak memalam amik angin laut.

10) Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)

singgah sini untuk solat isyak.

11) Selly Seafood Kuala Ibai

aku rasa tempat makan ni agak femes kat sini.. orang yang datang makan omakkaii.. ramai giless... nasib la lakiku booking siap². sampai jer, tunggu kejab makanan pun sampai. sos ikan bakar die style sekinchan skit... tak guna air asam tuh...

seingat aku itu je la kot tempat² yang aku sempat singgah masa pegi KT baru nih.. ada lagi tempat menarik tapi tak tersinggah la wei.... huhuhu... korang google la ek klu nak tau ape yang best lagi kat KT nih.


Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads