Khamis, 8 Ogos 2013

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


Keluarga 69 <b>Di Kuala Besut</b> | PAS Untuk Kesejahteraan Ummah

Posted: 21 Jul 2013 09:48 PM PDT

keluargakuAyah calon BN, Ku Abdul Rahman Ku Abdullah mungkin menyembunyikan  sesuatu apabila mendakwa kira-kira 3,000 keluarganya merupakan penyokong kuat Umno sejak dahulu lagi.

Sedangkan menurut warga emas di Kuala Besut, Ku Abdullah merupakan antara pengasas PAS.

Omar Sulong, 80 dari Gertak Seratus turut memberitahu seorang sepupu Tengku Zaihan  pernah bertanding atas tiket  PAS pada pilihan raya sebelum ini, namun  kalah.

"Memang Ku Dollah kuat PAS. Pada musim pilihan raya dia  akan membuka pos PAS di hadapan rumahnya. Dia orang kuat PAS sehingga  akhir hayatnya," katanya ketika ditemui di sini.

Malah menurutnya adik beradik Ku Dollah juga merupakan pendokong kuat PAS di Kuala Besut sehingga awal 1990-an.

Bagaimanapun beliau yang lebih dikenali sebagai Pakcik Omar berkata, situasi  bertukar selepas Ku Dollah meninggal dunia dan Ku Abdul Rahman pula  mulai berjinak dengan Umno.

"Pakcik memang kenal rapat dengan  keluarga calon BN. Ku Abdul Rahman pernah memberitahu belajar seketika  di Pondok Bunut Payong dan sekolah agama di Kuala Besut.

"Dan  selepas tamat belajar dia  mengajar di sekolah agama rakyat di Kuala  Besut. Selepas beberapa tahun mengajar di situ tiba-tiba berpindah ke  Kemaman kerana khabarnya ada masalah tertentu.

Nampak sangat, BN berada dalam keadaan gelabah. Keluarga calon mereka pun dah mula gostan dan sokong kita.

Ana nak gelak pun ada, sebab ayah calon baru-baru begitu kondifen bahwa keluarganya akan menyokong BN sepenuhnya. Nampaknya hari ini sudah terbalik.

Ramai juga kalangan veteran di Kuala Besut yang cabut sticker pengundi BN yang diletakkan di rumah mereka. Kelakar. Baru letak. 5 minit lepas tu kena cabut balik. Konon nak bodek TPM/Pemimpin, sudahnya malu sendiri.

Memang sebelum ini ana buat posting kita kalah banyak. Ana tulis berdasarkan laporan dari bawah. Tapi kalau betul-betul, apa yang berlaku di Kuala Besut sekarang ini, ada harapan. Harapan masih tipis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads