Jumaat, 30 Ogos 2013

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Sebongkah Batu <b>di Kuala Berang</b>&#39;: Batu Bersurat Syiah? | Aburedza

Posted: 26 Aug 2013 09:25 AM PDT

Imej

Sebongkah Batu di Kuala Berang': Batu Bersurat Syiah?

Faisal Tehrani, seorang penulis yang sering mempromosi Syiah telah menulis buku   bertajuk 'Sebongkah Batu di Kuala Berang' . Beliau menyebut  bahawa  Islam yang sampai ke Tanah Melayu ini adalah Islam Syiah. Lalu dinyatakan buktinya kerana catatan pada Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 702 hijrah/1303 masihi itu ditulis dengan khat nasta'liq, sedangkan khat nasta'liq adalah berasal daripada tulisan bangsa Parsi dan bangsa Parsi sinonim dengan mazhab Syiah.

Fakta tersebut dibantah oleh Uataz Aizam Mas'ud dengan katanya,

 "Oleh itu, amat wajar kita mengingatkan FT dan penganut Syiah, negara Parsi mula-mula diusahakan pembukaannya oleh Sayyidina Abu Bakar, diteruskan pada zaman Sayyidina Umar dan pada zaman Sayyidina Uthman, Parsi bertukar menjadi bumi Islam Sunni. Parsi terus diperintah oleh kerajaan Sunni di bawah pengaruh Khilafah Abbasiyyah dan Khilafah Uthmaniyyah selama hampir 10 kurun iaitu bermula daripada kekalahan Parsi dalam perang al-Qadisiyyah pada tahun 21 hijrah sehingga penaklukan kerajaan Syiah Imam 12 pertama iaitu Daulah Safawiyyah pada 906 hijrah. Bermula pada tahun 907 hijrah bersamaan 1501 masihi, pemimpin pertama Syiah Imam 12 iaitu Ismail Syah telah menjadikan mazhab Syiah Imam 12 sebagai mazhab rasmi negara iaitu satu permulaan yang menyakitkan apabila penganut Sunni ditindas dengan begitu dahsyat oleh golongan Syiah Imam 12.   

Bermakna, kalau dikatakan bahawa tulisan khat Parsi nasta'liq pada Batu Bersurat yang bertarikh 1303 masihi itu adalah pengaruh daripada mazhab Syiah adalah dangkal sama sekali. Ini kerana, pada kurun tersebut bangsa Parsi masih berada di bawah pengaruh kerajaan dan mazhab Sunni. "

Rujuk:  https://www.facebook.com/notes/aizam-masud/komentar-saya-tentang-buku-faisal-tehrani-sebongkah-batu-di-kuala-berang/2749646067606

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads