Isnin, 19 Ogos 2013

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


<b>Jerteh</b> Souq <b>di</b> Hari Raya | JuadahMalaysia.com

Posted: 14 Aug 2013 11:52 PM PDT

Masih belum terlambat daku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog juadahmalaysia.com. Macamane dgn hari raya korang? Mesti meriah kan? Daku juga tak terkecuali. Kali ni kami sekeluarga pulang ke kampung Mok Tok (nenek) di Jerteh Terengganu. Memang meriah suasana berhari raya di sana kerana semua saudara-mara (adik-beradik Mak Nie) berkumpul bersama utk perayaan kali ini.

Memandangkan hari2 perayaan daku di rumah Mok Tok baru2 ni agak sibuk, jadi tiada gambar2 menarik yg dapat dikongsikan kecuali gambar2 semasa daku bershopping di Jerteh Souq. Aktiviti ni pun berlaku ketika kami dlm perjalanan utk berangkat pulang ke Perak semula.

jerteh souk

Inilah Jerteh Souq yg terletak di bandar Jerteh. Kali terakhir balik sini 4 thn lps, Jerteh Souq masih belum menjalankan operasinya,. Kebanyakkan peniaga ketika itu berniaga di sekitar kawasan pekan Jerteh dgn keadaan yg tidak teratur. ia membuatkan kawasan sekitar sesak teruk dgn kenderaan terutama apabila tiba musim perayaan. Alhamdulillah balik kampung kali ni nampak kawasan jerteh ada beberapa pembaharuan di sekitarnya walaupun masih nampak berserabut. huhu.. Jerteh Souq mempunyai pasar basah, pasar kering, rangkaian lot kedai serta dilengkapi perhentian bas dan teksi.

20130811_100223

ini lot kedai di pasar basah. memandangan daku ke sini pada hari raya yg ke-4 maka tidak banyak kedai yg dibuka.

20130811_100311

seperti biasa kami mencari buah tangan utk dibawa ke Perak & KL nanti. selalunya kalau pulang ke Trengganu atau Kelantan,  'a must buy item' adalah keropok. tak kira la keropok lekor ke, keropok keping ke atau keropok segera. beli banyak2 untuk buah tangan sedara mara, teman2 ofis & jiran.  Kami beli borong barulah dpt harga murah. tak lupa juga mok nie beli budu cap sedap senggoti & sos penyicah cap burung merak. (memang sedap kedua2 cap nih..hehe promo skit).

20130811_100125

satu lagi Mok Nie asyik dok sebut2 nak beli laksa buatan peniaga tempatan. Sib baik kedainya dibuka. Mok Nie sambar beberapa kilo laksa. uniknya krn laksa dia halus. ia boleh bertahan 3-4 hari kalu simpan dlm fridge. Mok Nie beli utk buat makan2 di rumah kami di Perak nnti.

20130815_140009

inilah laksa yg dimaksudkan. Sedap woo…, tambahan mok nie buat sendiri kuahnya iaitu kuah lemak @ kuah putih (gambar makan2 tu, tak snap pulok !  :o

20130811_100651

ni pulak bahagian org menjual kuih-muih pantai timur. ada lompat tikam….

20130811_100755

yg kuning tu kuih belimbing( ada sira gula luar dia), yg hitam tu kole kacang

20130811_100942

kuih akok memang bersepah-sepah la di sini  :D

Kesimpulannya jalan2 membeli belah di Jerteh Souq semakin selesa krn ruangnya luas & agak teratur. Cuma daku tak berkenan di area tandas. Sudah la nak masuk dikenakan caj 30 sen ( xkisah la sbb semua tempat pun berbayar), tapi kebersihan tandas memang sangat2 mengecewakan. kotor & busuk. ada beberapa tandas yg tak dibaiki.. aduhai.. rasa nak sound aje si penjaga tandas tuh. muka dekkk je dia   :twisted:

20130813_143418_LLS

Ini OLE-OLE bahagian daku yg dibawa pulang ke KL.. Keseluruhannya memang daku sangat berpuas hati membeli keropok di negeri Terengganu. Kata orang..berbaloi-baloi  :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads