Ahad, 4 Ogos 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Satu lawan satu <b>di</b> PRK Kuala <b>Besut</b> | KeadilanDaily.com

Posted: 12 Jul 2013 04:01 PM PDT

KUALA BESUT, 13 JULAI: Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara wakil Pas, Azlan @ Endot Yusof dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Pada penamaan semalam, pegawai pengurus PRK N01 Kuala Besut, A. Rahim Jusoh mengumumkan hanya menerima dua borang di pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut.PRK_K_Besut

Wakil Pas, Azlan Yusof yang berpakaian serba hijau dengan logo 'Royalti Terengganu' dibajunya kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum sambil bersalaman dengan orang ramai.

Azlan diiringi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pengarah pilihan raya PRK Kuala Besut, Datuk Husam Musa, PesuruhjayaPas Terengganu, Abdul Wahid Endut.

Turut hadir memberi sokongan ialah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali bersama kira-kira 3,000 penyokon Pakatan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari membuang undi, manakala pengundian awal dibuat pada 12 Julai.

PRK Kuala Besut, adalah yang pertama diadakan selepas pilihan raya umum ke-13 ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar, 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Dalam pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat melalui calon Pas, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi, manakala calon BN memperolehi 8,809 undi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54244

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads