Rabu, 31 Julai 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Husam : PAS Tidak Akan Bentuk Kerajaan <b>Negeri Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2013 06:31 PM PDT

alt

 

KUALA BESUT, 19 Julai - PAS tidak akan membentuk kerajaan baharu di Terengganu sekalipun menang dalam pilihan raya kecil di Kuala Besut yang akan menjadikan jumlah kerusi Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Naib Presiden parti,  Datuk Husam Musa berkata, kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan BN masih boleh dikekalkan.

"Cumanya nanti mereka (BN) tidaklah boleh bertindak sesuka hati. Kami sebagai pengimbang mempunyai peranan yang konstruktif untuk mencadangkan pengurusan negeri yang berorientasikan kebaikan rakyat jelata Terengganu," katanya dalam sidang media di markas besar pilihan raya PAS di Kampung Baharu di Kuala Besut semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan usaha PAS mewujudkan pentadbiran kerajaan Terengganu yang tergantung menerusi kempen 16:16 tidak akan diterima rakyat dan tindakan populis itu hanya bagi meraih perhatian pengundi Kuala Besut.

Selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lepas, Terengganu kekal ditadbir BN yang menang 17 kerusi, manakala baki 15 lagi diwakili pembangkang iaitu 14 daripada PAS dan satu wakil PKR.

Sementara itu, Husam yang juga pengarah pilihan raya kecil PAS untuk DUN Kuala Besut menyambut baik pendirian terbuka Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang menjelaskan mengenai isu pemberian tanah kepada empat wakil rakyat BN dalam kawasan Parlimen Besut.

Ahmad Said dalam jawapannya berkata sudah menjadi dasar Kerajaan BN Terengganu mengurniakan tanah kepada rakyat yang berhak dan berjasa, termasuklah ADUN sama ada lot tapak perumahan atau tanah pertanian.

PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Endot @ Azlan Yusof daripada PAS berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads