Jumaat, 26 Julai 2013

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


MB Terengganu di Sambut Meriah <b>di Pulau Perhentian</b> <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2013 12:40 AM PDT

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said bersama isteri dan rombongan pagi ini, 18 Julai tiba di Pulau Perhentian untuk menemui dan bersama penduduk Pulau Perhentian Kecil.

Setibanya di Pulau Perhentian Kecil iaitu sebuah perkampungan, beliau disambut oleh mesra oleh para penduduk pulau peranginan itu yang amat menyayangi pemimpin negeri yang telah banyak membawa projek untuk faedah rakyat di pulau itu, termasuklah pangsapuri, masjid dan sebagainya.

Sebaik tiba beliau melawat Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Pulau Perhentian dan mengambil kesempatan bermesra dengan pelajar-pelajar tadika.

Selepas itu beliau bersama pimpinan kampung berkenaan melawat rumah-rumah penduduk miskin, uzur sakit dan orang-orang tua di perkampungan pulau berkenaan.

Turut bersama beliau ialah, Exco Kerajaan Negeri, Dato' Tengku Putera Awang dan Yang DiPertua Majlis Daerah Besut dan doktor khas untuk merawat dan memberi ubat kepada pesakit.

Bercakap kepada media yang mengikuti sama rombongannya di pulau tersebut sebentar tadi, Dato' Seri Ahmad memberi jaminan segala projek pembangunan akan berjalan dengan baik dan dapat disiapkan untuk keperluan penduduk pulau berkenaan.

Katanya, walaupun pembangunan di pulau melibatkan kos yang lebih besar, tetapi ia tetap dijalankan oleh kerajaan untuk kepentingan dan faedah rakyat di mana sekalipun mereka berada, termasuk di pulau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads