13 di kuala besut - Google Blog Search |
.: Calon Pas <b>di Kuala Besut</b>: Antara Taukeh Ikan dan Kontrektor - MSO Posted: 07 Jul 2013 06:25 PM PDT ANALISA Malam ini Dewan Harian Pas Pusat akan bermesyuarat antara angendanya membincang mengenai pilihan raya kecil Kuala Besut yang penamaan calonnya akan diadakan 12 Julai. Perkara spesifik akan dibincangkan ialah mengenai calon Pas. Sebangat-bangatnya malam ini umum akan mengetahui siapakah yang akan diturunkan oleh Pas. Terdapat tiga nama yang telah disenaraipendek untuk diserahkan tanggungjawab bagi merampas kerusi Kuala Besut dan seterusnya meletakkan keadaan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berseimbangan 16:16. Kedudukan hari ini Pas 15 dan UBN 15 selepas UBN kehilangan kerusi Kuala Besut apabila wakilnya meninggal. Dengan kedudukan itu Pas meletakkan harapan besar untuk 'merenyok petuk'kan Dun Terengganu. Suka kita melihat keadaan itu nanti bagaimana penyelesaian dibuat sekiranya berlaku takdir demikian. Apakah Dun Terengganu akan dibubarkan bagi diadakan pilihan raya semula atau sebaliknya. Bekas Pengerusi Umno Terengganu Idris Jusoh berkeras mengatakan UBN mempunyai kelebihan majoriti di DUN dengan adanya satu undi dari speaker. Belum ada precedent mengenai hal ini sebelum ini, jadi adalah elok juga kalau persimbangan itu diwujudkan. Untuk menyaksikan situasi demikian kerusi Kuala Besut harus dimenangi oleh Pas. Sekiranya Pas menang pilihan raya kecil Kuala Besut satu senario baru selepas PRU-13 akan wujud. Senario itu juga akan mengubah perkembangan politik negara selepas pilihan raya umum ke-13 lalu. Berbalik kepada nama-nama yang disenarai-pendekkan, ada tiga nama itu iaitu; Nik Zawawi Nik Salleh iaini ahli jawatankuasa Dewan Ulamak, Zakaria Harun, seorang taukeh ikan di Kuala Besut dan Enduk@Azlan Jusoh yang dikenali dengan Che Long seorang kontrektor. Nik Zawawi pernah menang kerusi Kuala Besut dalam pilihan raya 1999 bagaimana pun kalah dalam tahun 2004. Dalam pilihan raya lalu beliau tidak diletak bertanding di mana-mana kerusi. Ketidaan beliau dalam pilihan raya lalu menunjukkan Nik Zawawi bukan harapan Pas. Zakaria pula merupakan penyokong setia Pas di Besut, manakala Che Long adalah Bendahari Pas Besut. Ketiga-tiga nama ini dikira layak untuk menjadi calon Pas. Pas Pusat mungkin mempunyai pandangan tersendiri untuk memilih salah seorang dari mereka. Kalau Pas meletakkan soal latar belakang dan perwatakan berbudaya Arab atau pun yang bergelar ustaz sebagai kriteria utamanya, sudah pasti Nik Zawawi adalah pilihan Pas. Sebaliknya kalau Pas mengenepikan 'roma-roma' demikian sebaliknya lebih mementingkan kehendak pengundi bawahan Harun dan Che Long yang akan dipertimbangkan. Dalam tinjauan rambang di peringkat bawahan di Kuala Besut, menunjukkan pengundi tidak begitu minat untuk berwakil rakyat kepada mereka yang berbudaya elit yang renggang dengan rakyat. Nik Zawawi dilihat sebagai elitis dalam Pas. Nama Harun dikatakan menjadi pilihan utama di kalangan rakyat. Penglibatannya dalam bidang perniagaan meyebabkan beliau mempunyai ramai kawan dan sahabat serta disenangi oleh rakyat. Tetapi apa yang 'ugah' sedikit beliau kurang berminat untuk menjadi calon. Tetaoi sedia memikul tanggungjawab kalau tidak ada pilihan. Sekiranya Harun menolak sudah pasti Pas akan memilih Che Long. Bendahari Pas itu juga sesuai dengan kehendak dan mood pengundi hari ini yang mahukan orang mudah diketengahkan. Usia Che Long di bawah 50-an di mana usia itu sesuai dengan mood dan selera pengundi muda yang mahu melihat golongan mereka diletak di hadapan. Mengambil kira kepada perkembangan semasa dan keperluan sudah pasti mesyuarat Dewan Harian Pas malam ini akan memilih kontrektor berasal dari kampung Nail Besut itu sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil bagi kerusi Kuala Besut. Dalam pada itu majlis pengumuman calon akan diadakan malam besok bertempat di Kampung Nail yang akan dilakukan oleh presiden Abdul Hadi Awang. Semua pimpinan tertinggi Pas juga hadir dan akan berceramah. Mereka termasuk Mohamad Sabu, Husam Musa, Wahid Enduk dan lain-lain. [wm.kl.9:24 am 08/07/13] |
You are subscribed to email updates from di kuala besut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan