13 di kuala berang - Google Blog Search |
Mayat wanita dicampak tepi lebuh raya <b>di Kuala Berang</b> <b>...</b> Posted: 07 Jul 2013 06:31 PM PDT Mayat seorang wanita ditemui dengan kecederaan teruk di kepala dan dahi dipercayai terhantuk pada penghadang jalan, selepas dicampak ke tepi Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Kampung Sungai Ular di sini, semalam. Mayat berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai warga asing itu ditemui di Kilometer 41.1 Bukit Besi-Kuala Terengganu tanpa kain, manakala baju T berwarna oren yang dipakainya terselak ke paras dada, antara jam 6 hingga 7 pagi oleh seorang pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan di Hentian Rehat Ajil, di sini berkata, beliau menyedari sesuatu objek seperti patung di tepi lebuh raya itu dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Subuh di Masjid Sungai Ular di sini. "Saya sangkakan objek yang terbaring di bahu jalan itu adalah patung, tetapi rupanya mayat wanita. "Disebabkan takut melihat darah, saya tidak menghampiri mayat wanita itu, sebaliknya mendapatkan bantuan untuk menghubungi polis," katanya yang baru dua bulan bekerja di pondok keselamatan itu.-bh |
You are subscribed to email updates from di kuala berang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan