Selasa, 23 Julai 2013

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Koleksi Bunga Orkid <b>Di Bukit Besi</b> | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 25 Apr 2013 08:54 AM PDT

Salam satu Malaysia. Kepada pengemar bunga orkid, anda tentunya mengenali kesemua jenis-jenis orkid bukan? serta tahu menjaga dan menanam bunga yang sangat cantik ini. Tetapi tidak pada saya, saya hanya baru mengenali dan meminati orkid tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk menjaga dan menanam orkid dengan baik.

Sejak kecil saya hanya melihat orkid-orkid yang ibu saya tanam secara suka-suka di kawasan rumah tetapi saya tidak pernah mengambil tahu apa itu orkid dan jenis-jenisnya. Tetapi pada hari ini saya sangat teruja untuk mengenali orkid dan berkongsi dengan anda semua yang meminati bunga yang sangat cantik ini melalui sebahagian gambar-gambar koleksi orkid yang diberikan oleh seorang warga Bukit Besi yang amat meminati dan menggemari bunga ini.

Berbagai-bagai jenis bunga orkid boleh didapati di rumah beliau. Sama ada orkid hutan atau orkid luar negara, boleh dilihat disekitar rumah warga Bukit Besi ini. Terima kasih kepada saudara Ahmad Ngah kerana sudi berkongsi gambar-gambar beliau untuk paparan anda semua yang membaca. Jom kita lihat gambar-gambar bunga orkid yang terdapat di Bukit Besi.

Jenis - Jenis Bunga Orkid









Untuk penjelasan terperinci berkenaan dengan kesemua jenis-jenis orkid di atas, anda perlu menghubungi Tuan Ahmad Ngah iaitu tuan empunya taman orkid terbaik dari Bukit Besi. Anda juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan tentang bunga orkid di dunia melalui forum Orchirds and Plants Malaysia.

Nota: Ada beberapa jenis bunga orkid yang sangat wangi baunya.

BEKAS CALON PKR BAGI DUN <b>BUKIT BESI</b>, KEMUKA SAMAN <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2013 06:10 PM PDT


Ekoran telah terlalu lama menahan sabar dan memendam rasa, calon PKR, bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, 27 ketika pilihanraya umum yang lalu, tampil membuat kenyataan bagi menyelar Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang. Ia ekoran dari kenyataan bekas menteri besar Terengganu itu ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat, Marang yang mengatakan "ada calon PKR tukang edar pil kuda dan sokong komunis'.
Semasa kempen PRU-13 yang lalu, Presiden Pas itu ketika berucap dalam satu majlis ceramah mengatakan dia mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja 'haram' iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.
Dia turut menegaskan Pas tidak boleh menerima calon sebegitu dan tindakan itu diambil agar 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang. Ia bagi menjelaskan isu kenapa Pas terpaksa bertanding di kawasan tertentu sehingga menyebabkan pertindihan sesama sendiri.
Menurut Shamsul disebabkan kenyataan itu juga, dia sering diejek dan diaibkan oleh masyarakat di kampungnya. Malah nama baiknya dan keluarga turut terjejas, mengalami masalah kemurungan di samping menjejaskan perniagaannya. Beliau yang tidak dapat menahan sebak, terpaksa berhenti beberapa kali ketika membacakan kenyataannya.
"Disebabkan kenyataan tersebut, ia telah menjatuhkan maruah saya, malah masyarakat (di kampung) mengangap saya adalah pengedar pil kuda. Tuduhan tersebut sangat berat…. (terpaksa berhenti seketika kerana sebak) dan serius.
"Saya perlu membersihkan nama nama baik saya dari angkara fitnah ini. Justeru itu, saya akan failkan kes fitnah ini ke mahkamah dalam waktu terdekat dan tindakan saman malu saya ini wajar diambil kerana ia adalah fitnah dan menjurus kepada usaha merendahkan reputasi saya sebagai seorang pemimpin politik" katanya ketika sidang media tergempar, pagi tadi.
Shamsul yang ditemani oleh bapanya dan Ketua Pengarah Pilihanraya PKR, Negeri Terengganu, Yahya Zakaria turut menjelaskannya tindakan itu langsung tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ia semata-mata dilakukan bertujuan untuk membersihkan nama baik keluarganya.
Menurut Shamsul yang juga merupakan seorang Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) selain beliau dua lagi bekas calon dari PKR Terengganu akan turut mengambil tindakan yang sama dalam masa yang terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads