13 di besut - Google Blog Search |
“Pastikan dakwat kekal <b>di</b> PRK Kuala <b>Besut</b>” | KeadilanDaily.com Posted: 29 Jun 2013 11:29 PM PDT KUALA LUMPUR 30 JUN: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan dakwat yang diguna pada pilihan raya kecil di Kuala Besut adalah kekal sebagaimana dijanjikan. "Kini bukan soal guna dakwat atau tidak. Tetapi dakwat itu harus kekal bagi memastikan tiada pengundian dua kali. "Kita juga mendesak SPR tidak membuat keputusan sewenang-wenangnya," kata Azmin. Beliau berkata demikian ketika ditemui Keadilandaily pada program 'Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa' bersama Timbalan Presiden KEADILAN, di NZ Curry House, KLCC semalam. "Penggunaan dakwat kekal sudah pun diputuskan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) penambahbaikan pilihan raya," kata Azmin yang menganggotai jawatan kuasa pilihan khas Palrimen (PSC). Sebelum ini, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak hanya 'SPR baru' yang layak mengendalikan PRK DUN Kuala Besut. Nurul Izzah turut mengusulkan pemulihan segera SPR melalui satu jawatankuasa parlimen bagi melantik pengendali pilihan raya yang baru dan berwibawa. Dalam pada itu, Azmin turut menjamin Pakatan hanya menghantar seorang calon mewakili gabungan itu dan keputusan mengenainya akan dibincangkan dalam masa terdekat. "Saya yakin kita hanya akan menghantar seorang calon daripada parti yang akan diputuskan oleh Majlis Pakatan Rakyat,"katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53948 |
Nama Calon N01 kuala <b>besut di</b> nantikan rakyat beberapa jam lagi <b>...</b> Posted: 08 Jul 2013 11:04 AM PDT Hanya tinggal beberapa jam lagi, calon Barisan Nasional (BN) akan diumumkan disusuli pula pada sebelah malamnya Pas pula akan mengumumkan calonnya dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Besut. Pas yang kebiasaannya mengumumkan calon terlebih awal, tetapi kali ini tidak berbuat demikian. Apakah kerana masalah kesukaran memilih atau ada strategi tertentu? Di peringkat BN beberapa calon disebut-sebut termasuk pegawai tadbir, pegawai tadbir agama (kadi), bekas kakitangan kerajaan dan beberapa aktivis Umno dan masyarakat. Ada yang berpendapat calon berpendidikan agama perlu dipilih berdasarkan keperluan kepimpinan negeri, tetapi ada juga yang berpendapat calon yang popular di kalangan rakyat perlu diberi keutamaan kerana penduduk Kuala Besut amat suka wakil rakyat yang bergelumang dengan mereka. Pas sendiri pun masih tercari-cari yang paling sesuai, termasuklah Nik Zawawi Salleh, tetapi ada penyokong yang berpendapat calon wanita Napisah Ismail perlu dikekalkan. Seorang calon Pas yang dikenali dengan jolokan " tauke kayu saiz" juga disebut-sebut kerana dikatakan dipercayai popular. Ada juga kalangan Pas lebih memihak kepada Yang Dipertua Pas Besut sendiri bertanding iaitu Wan Azhar Wan Ahmad. Namun begitu, di pihak BN kali ini calonnya dikatakan seorang yang 'winable' dan telah dikenali oleh rakyat. Yang pastinya calon itu telah dipersetujui oleh Pengerusi BN, Dato' Seri Mohd.Najib Tun Razak. Apakah dalam tempoh beberapa lagi ini tuan empunya diri sudah dimaklumkan bahawa mereka terpilih dan diminta rahsiakan hatta kepada keluarga sendiri sebelum tiba masanya? Namun begitu pastinya mereka akan mendapatkan restu keluarga terlebih dahulu dan jika masih mempunyai ibubapa sudah tentu restu ibubapa akan terlebih dahulu dipohonkan. Beberapa fitnah sudah cuba disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab melalui SMS dan sebagainya kepada beberapa nama calon BN yang disebut-sebut dan diramalkan oleh media. Itulah sikap pembangkang yang bagi mereka perkara biasa membuat fitnah kepada mana-mana calon lawannya. Amalan menfitnah membuat tohmahan tanpa bukti adalah perbuatan jahat yang amat bertentangan dengan Islam. Sesiapa pun calon BN atau Pas yang bakal diumumkan nanti, diharapkan bertandinglah secara sihat dan menjaga kesucian bulan Ramadhan. Oleh : Ruslan Abdul Rahman Leave a ReplyYou must be logged in to post a comment. |
You are subscribed to email updates from di besut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Great post
BalasPadamKontraktor Pameran
Jasa Pembuatan Booth Pameran
Kontraktor Booth Pameran
Jasa Pembuatan Booth
Jasa Dekorasi Booth Pameran