Jumaat, 21 Jun 2013

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: <b>Setiu</b> Wetlands wajar jadi taman negeri

Posted: 10 Jun 2013 11:02 PM PDT

Oleh: Suriati Ali 

Tanah lembap seluas 230 kilometer di Setiu (Setiu Wetlands) wajar dibangunkan sebagai taman negeri bagi memulihara ekosistem alam semula jadi kawasan itu.

 Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman, berkata adalah cukup rugi jika khazanah alam yang terdapat di Setiu Wetlands diabaikan dan dibiarkan tanpa pengawasan.

 "Ia bukan saja unik, malah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan keindahan serta memiliki kelainan flora dan fauna yang jarang ditemui di lokasi lain sama ada di Malaysia mahupun luar negara.

"Ekosistem yang terdapat di kawasan itu saling berhubung antara khazanah alam lain iaitu pantai, sungai, lumpur, lagun, pulau dan hutan bergabung dengan air laut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Hutan Pesisiran Pantai Negara di Universiti Malaysia Terengganu, hari ini.

Katanya, tidak wajar Setiu Wetland diabaikan kerana pelbagai aktiviti boleh dimanfaat dan dilaksanakan, antaranya membawa pengunjung melihat pelbagai spesies hidupan tanah lembap , penuaian madu lebah di kawasan paya gelam dan memancing.


 "Eko-pelancongan yang dimajukan itu mampu menjana pendapatan sampingan penduduk di mana sebelum ini kebanyakan mereka hanya bergantung kepada hasil laut," katanya.

Dato' Ahmad Razif turut memberitahu usaha untuk memastikan pembangunan dan kesinambungan kehidupan secara seimbang terutama sekali di kawasan pesisiran pantai merupakan satu proses yang mencabar.

"Perancangan pembangunan dan penggunaan tanah yang baik serta pengurusan dan kawalan di kawasan alam sekitar yang sensitif adalah penting bagi memastikan sumber semulajadi digunakan secara baik demi kepentingan bersama," katanya.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads