Jumaat, 14 Jun 2013

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


My Rainbow...: Bermalam <b>di Rantau Abang</b>, Terengganu

Posted: 10 Dec 2012 10:41 PM PST

Assalamualaikum.....

Semasa bawa Adam jalan2 beberapa minggu yang lepas, kita ada mention yang kami singgah bermalam di Rantau Abang. Kalau ikutkan hati dan daya body kita sendiri, Rantau Abang bukanlah tempat persinggahan, tapi tempat untuk u-turn dan balik semula ke Kuantan. Maklumlah, amsa tu memang x sihat sangat.  Tapi hubby kesiankan anak bujang kami tu.

Before this dah pernah try chalet nie. First time masuk, of course tidak seindah hotel yang ada bintang2 tu. Tapi untuk lepaskan lelah, luruskan pinggang, memang lebih dari boleh.

Kami tinggal di Awang's Beach Resort. Nama jer resort, tapi actually chalet. Family room berharga RM120.00 satu malam. Ada 2 katil queen size. Ok lah. Very cheap. Tapi, bilik nya memang sangat ala kadar.

 Ada beberapa blok chalet. Yang di atas nie, blok chalet yang ada air cond. Rasanya lah. Sebab ada chalet yang tak ada air cond, pakai kipas jer. So memang murah. Rasanya dalam RM60.00 jer kot. Tapi, walaupun ada air cond, jenis air cond yang lama tu la yer. Jenis yang kalau switch on jer, dengar bunyi macam enjin motorbot tu. Walaupun macam tu, kawasannya bersih. Tak ada sampah merata2 pun. Ada dewan makan. Tapi bukanlah kafe atau restoran. Sekadar dewan untuk makan, makanan sendiri bawa. Heheehhee. Sometimes ada rombongan sekolah. So, mudah untuk beri makan anak2 murid kat sini. Boleh juga buat aktiviti untuk kem motivasi kat sini kan. Inilah biliknya. Nampak tak betapa simplenya bilik nie. TV pun, kalau nak tengok memang kena fokus betul2. Oh yer, kita tengok cerita Mariam Kampung Putat lakonan Hanis  Zalikha kat sini lah. Tapi kan, dalam pada simplenya bilik nie, ianya sangat bersih. Toilet pun bersihh sangat. Sangat jauh berbeza dengan hotel 3 bintang di bandar Kuala Terengganu yang pernah kita ceritakan kat SINI dulu. And, bila tidur atas katil tu, walaupun tak ada bantal harga ratusan dollar dan katil tak tenggelam bontot, tapi sangat lena. Kita rasa, sebab selesanya kain cadar cotton bercorak batik tu. Sarung bantal pun kain batik tau. Memang selesalah.

Selain daripada tu, janganlah harap ada kettle, welcome drinks, peti ais segala bagai tu. Memang tak ada. In fact, ada signage tak dibenarkan makan dalam bilik. That's why ada banyak meja kerusi merata2 di sekitar resort nie. Menjaga kebersihan. So, tak adalah semut bersarang kot kan. Kami pun x makan dalam bilik sebab dah kenyang makan kat Hentian Penyu tu kan.

Walaubagaimanapun, the most valueable element di chalet ni ialah scenery. Betul2 di tepi pantai Rantau Abang. Beberapa langkah dari bilik, anda dah dibentangkan dengan samudera Laut China Selatan.

Kita kongsikan sikit scenery yang sempat di capture dengan camera cabuk tapi banyak berjasa.



Adam happy walaupun belum mandi lagi. 
Pantai memang sangat bersih. Cuma, nak mandi manda tu, kita tak galakkan. Ombak besar dan pantainya sangat curam. Melainkan anda memang betul2 perenang yang handal, bolehlah menikmati air laut nie. 
Owh, salah seorang swimming trainer kita pernah join pasukannya berenang dari Pulau Kapas ke Marang. Kita sangat kagum. Tapi, tak habis belajar dengan dia. Dapat teknik asas jer. Alahai, janji boleh bergerak ke depan dalam air, jadilah kan. Heehhehe. Adam pun dah boleh berenang sikit. Lebih jauh pergi dari kita walaupun tak pernah ada formal training. Tapi untuk dia berenang di sini, memang tak kan dibenarkanlah yer. Kalau nak, mama terpaksa cari masa untuk spent 3H2M di Pulau Perhentian. Entah bilalah agaknya. 
Anyway, untuk persinggahan, kita recommend tempat nie dengan syarat anda tidak meletakkan high expectation yang ianya sama macam di hotel2. Maaflah, kami sekali lagi terlupa savekan nombor chalet nie. Kalau jumpa, kita akan update kemudian, ok. 

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads