13 di pulau bidong - Google Blog Search |
AWAS !!! Kencing Tikus <b>di Pulau Bidong</b> Terengganu Posted: 14 Jun 2013 05:45 AM PDT KUALA TERENGGANU: Kematian seorang kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 8 Jun lalu setelah menyertai aktiviti di Pulau Bidong di sini, disahkan akibat jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis). Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu hari ini setelah hasil ujian lanjut yang dijalankan di Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia mendapati keputusan darah Ahmadi Abdul Ghawi, 47, positif virus itu. "Ujian dibuat ke atas 63 orang termasuk mereka yang telah bersama menyertai aktiviti di Pulau Bidong dan hasilnya mendapati mereka tidak dijangkiti penyakit itu dan berada dalam keadaan sihat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata berikutan pengesahan itu, jabatan mengambil langkah menutup sementara Pusat Penyelidikan UMT di Pulau Bidong untuk pembersihan dan semua aktiviti hendaklah diberhentikan sehingga keputusan sampel persekitaraan yang diambil diketahui. Dr Anwa berkata jabatan turut menasihatkan nelayan yang singgah di Pulau Bidong agar tidak menggunakan kemudahan yang ada di pulau itu. Jabatan juga telah mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan awal virus itu di Pulau Bidong termasuk melakukan penilaian risiko persekitaran yang meliputi tempat penyediaan makanan, stor makanan, pengurusan sisa makanan dan sampah yang boleh mengundang kehadiran tikus. "Sebanyak 16 sampel persekitaran iaitu 11 sampel sumber air dan lima sampel tanah telah diambil dan keputusan persampelan dijangka diperoleh selepas dua minggu lagi," katanya. Beliau turut menasihatkan orang ramai yang pekerjaan mereka terdedah kepada air atau tanah yang tercemar agar memakai pakaian perlindungan kalis air seperti but getah dan sarung tangan, menutup luka-luka kulit dengan balutan kalis air, mencuci dengan air bersih selepas pendedahan dan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika mengalami gejala. Orang ramai juga dinasihat menjaga rumah dan premis mereka agar bebas daripada tikus dan pembawa-pembawa kuman yang lain, manakala bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, vaksin leptospirosis boleh diberikan, katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di pulau bidong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan