Sabtu, 15 Jun 2013

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


<b>Pulau Bidong</b> bakal jadi warisan Terengganu — LAMAN KL-TODAY <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2013 12:26 AM PDT

SETIU – Kerajaan Negeri Terengganu bercadang menjadikan Pulau Bidong, yang kaya dengan peninggalan sejarah selain keindahan alam semulajadi dan terumbu karang, sebagai pulau warisan negeri, sekali gus menjadi tarikan pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Jidin Shafie berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat untuk mengkomersilkan pulau itu yang pernah menjadi tempat pelindungan pelarian Vietnam.

Bagi merealisasikan impian itu, beberapa infrastruktur akan ditambah selain kerja-kerja pembersihan selain memelihara khazanah yang terdapat di pulau itu, katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan ke pulau-pulau di kawasan Pulau Bidong baru-baru ini.

"Kita akan menjadikannya sebagai pulau pusat rekreasi sejarah selain membolehkan penggiat sejarah meneruskan kajian mereka terhadap peninggalan masyarakat terdahulu," katanya.

Mohd Jidin berkata walaupun pulau berkenaan dibuka untuk kunjungan pelancong namun pihaknya akan memastikan ia dilakukan secara terkawal bagi memastikan warisan peninggalan sejarah terus terpelihara.

Terlaris & Terhebat !!! Gel Untuk Suami Bertahan Lama… KLIK SINI
Terlaris & Terhebat !!! Pam Istimewa Untuk Suami Hanya Di Bilik Mandi…KLIK SINI
Terlaris & Terhebat !!! Kapsul Ubat Kuat Khas Buat Suami Jadi Perkasa… Klik SINI

Katanya pulau seluas 203 hektar itu mempuyai nilai sejarah yang tinggi dan kerajaan negeri akan melakukan beberapa program pemuliharaan untuk mengekalkan keindahan alam semulajadi di pulau itu.

Selain itu, katanya beberapa kemudahan juga akan ditambah di pulau-pulau untuk nelayan kecil berlindung daripada ombak besar, angin kencang dan ribut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads