Selasa, 11 Jun 2013

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Murid tahun dua lemas <b>di</b> Pantai Sura Hujung ABN News | BM

Posted: 08 Jun 2013 08:29 AM PDT

DUNGUN – Seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, mati lemas ketika mandi di pantai peranginan Sura Hujung dekat
Universiti Teknologi Mara Kampus Dungun, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata kejadian berlaku pukul 7.30 pagi ketika Nurul Nabilah Zubir, 8, sedang berkelah bersama ibu bapa dan lima adik-beradiknya.

Kejadian itu juga nyaris meragut nyawa ibunya Norizah Sulaiman, 41, yang turut lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa, katanya kepada pemberita, di sini.

Menurut Dahlan, ketika kejadian mangsa sedang mandi di tepi pantai apabila tiba-tiba dihanyutkan ombak, menyebabkan ibunya, guru di Sekolah Menengah Seri Dungun, cuba menyelamatkan mangsa namun dia sendiri turut lemas.

Melihat keadaan itu, ketua keluarga Zubir Nordin, 47, bertindak terjun ke laut dan berjaya menyelamatkan isterinya, manakala Nurul Nabilah dihanyutkan arus, kata Dahlan.

"Jenazah mangsa ditemui ayahnya yang bertindak terjun ke laut selepas ternampak baju yang dipakai anaknya itu di dasar laut sebelum membawanya naik ke daratan dan memberi bantuan pernafasan," katanya.

Nurul Nabilah bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Dungun.

Mengulas kes lain, Dahlan berkata seorang warga emas maut apabila van yang dipandunya bertembung dengan bas persiaran di Km 14 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Ketengah Jaya, hari ini.

Kejadian berlaku 7.30 pagi, ketika van yang dipandu Ismail Idris, 66, dari Felda Kerteh 6, keluar dari simpang dan bertembung dengan bas yang membawa 25 penumpang.

Ismail disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, setengah jam kemudian, katanya.

Pemandu dan penumpang bas bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads