Khamis, 2 Mei 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Pertembungan tiga penjuru <b>di</b> Parlimen <b>Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2013 11:19 PM PDT

Oleh: Suriati Ali

Pertandingan bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Haji Mohd Zubir Embong (BN), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Pas) dan Maimun Yusof, 94, (Bebas) .

Manakala empat Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan pertandingan satu lawan antara BN dan Pas di mana calon bagi kerusi DUN Ladang, Dato' Wan Ahmad Farid Dato' Wan Salleh (BN) akan ditentang oleh Dato' Haji Tengku Hasan Tengku Omar (Pas).

Kerusi DUN lain iaitu Wakaf Mempelam akan ditandingi oleh Wan Mahyuddin Wan Ngah (BN) melawan Abdul Wahid Endut (Pas); Batu Burok, Dato' Che Mat Jusoh (BN) dan Dr Syed Azman Syed Ahmad (Pas) dan calon bagi kerusi Bandar pula Dato' Toh Chin Yaw (BN) dan Azan Ismail (PKR).

Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dato' Haji Adzlan Mohd Dagang di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, kira-kira jam 11.30 pagi selepas tempoh penerimaan borang pencalonan tamat jam 10 pagi.

 Lebih 4,000 penyokong BN dan Pas yang mengiringi calon masing-masing dilihat tiba di perkarangan Stadium kira-kira setengah jam sebelum Pusat Penamaan Calon dibuka jam 9 pagi.

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads