Isnin, 13 Mei 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Buletin Online: Menyelesaikan Keperluan Masyarakat Menjadi <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 02:56 AM PDT

KUALA NERUS - Setelah berkempen selama enam hari, lebih 600 buah rumah telah dilawati oleh pasukan perayu undi dan calon PAS bagi N.11 Dun Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang.

Menurutnya, reaksi positif daripada para pengundi adalah suatu perkembangan yang baik bagi Seberang Takir untuk mencipta sejarah baru, setelah tiga belas kali pilihanraya umum diadakan.

"hari ini masuk hari ke enam, kita di Seberang Takir ini.......telah lebih 600 buah rumah yang dilawati oleh perayu-perayu undi kita termasuk oleh calon (sendiri) dan sepanjang tempoh kita berkempen kita mendapat reaksi positif daripada para pengundi,

"dan perkembangan ini InsyaAllah memberi harapan yang baik untuk mencipta sejarah sejarah baru di Seberang Takir,"ujarnya [Lihat Video]

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu tidak menafikan terdapat reaksi yang negatif  yang diterima di kalangan pengundi, namun katanya, ia akan dapat diselesaikan sebelum tempoh kempen berakhir.

Katanya, keutamaan beliau sekiranya diberi mandat dipilih sebagai wakil Seberang Takir dan PAS dapat kembali ke Darul Iman, adalah untuk menyelesaikan keperluan asas penduduk terutamanya masalah tanah dan rumah.

"apa yang kina nak baa kepada penduduk Seberang Takir sekiranya kita (saya) diberi mandat menang di sini dan menang di negeri Terengganu, InsyaAllah kita akan menyelesaikan masalah rakykat yang rata-rata masih banyak keperluan asas mereka terabai,

"soal penempatan, soal (berkaitan) tanah haram, kependudukan dan sebagainya,"jelasnya.

Menurutnya, oleh kerana Dun Seberang Takir hampir dengan bandar Kuala Terengganu, Dun tersebut banyak menerima 'tempias' dari projek pembangynan yang dilaksanakan.

Namun tegasnya, tidak banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat diselesaikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads