13 di rantau abang - Google Blog Search |
<b>Rantau Abang</b> | DrPlaces Posted: 20 Sep 2010 02:00 PM PDT Rantau Abang sememangnya terkenal sebelum ini dengan kedatangan penyu dari spesis belimbing (dermochelys coriacea) untuk bertelur sekitar tahun 80an dan masuk ke tahun 90an sehingga ini kedatangan penyu ini semakin kurang dan hampir tiada lansung. Cuma baru-baru ini terdapat seekor penyu belimbing yang dikatakan menetas di pantai ini 30 tahun lepas kembali ke tempat lahirnya untuk bertelur. Namun begitu walaupun pantai ini sudah agak sunyi dengan kunjungan sang penyu tetapi ianya tetap menjadi pilihan untuk anda berehat dan beriadah bersama keluarga. Terdapat beberapa chalet berdekatan pantai ini yang boleh menjadi pilihan jika anda memilih untuk bermalam seperti chalet De Teratai Beach. Di sekitar Rantau Abang anda boleh mengunjungi Pusat Penerangan Penyu dan galeri Pusat Penyu yang boleh menambah pengetahuan anda tentang hidupan marin yang pernah menjadi tetamu istemewa di pantai ini satu ketika dahulu dan jangan lupa juga ke Bukit Che Hawa bagi melihat batu ibu penyu di mana terdapat struktur batuan yang meyerupai seekor penyu dengan pelbagai mitos yang boleh anda dapati daripada penduduk kampung berhampiran. |
You are subscribed to email updates from di rantau abang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan