Isnin, 27 Mei 2013

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2013 09:06 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Pulau Bidong</b> | DrPlaces

Posted: 21 Sep 2010 04:48 PM PDT

"kembali ke Pulau Bidong membuatkan aku terkenang sekali lagi kisah lampau dimana betapa bertuahnya kami yang berjaya mengharungi perjalanan yang jauh dan memenatkan didalam sebuat bot yang bocor sepanjang 10.5 meter yang memuatkan 61 orang pelarian perang. Masih aku terbayang seorang lelaki melayu berkain sarung dan berkulit gelap yang kami temui di laut memberikan kami makanan dan minuman untuk kami meneruskan perjalanan. Mereka adalah pahlawan dan malaikat didalam hatiku. Aku tidak pernah akan melupakan wajahnya seumur hidupku. Didalam lawatan aku kali ini mengingatkan aku betapa baiknya layanan diberikan kepada kami ketika itu dipulau ini. Itu adalah perasaan yang sangat indah untuk dikenang seumur hidup di pulau yang menjadi rumah sementaraku" – Daniel Nguyen

Itulah antara luahan hati seorang pelarian perang Vietnam selepas kembali melawat pulau yang pernah menjadi rumah dan syurga baginya pada satu ketika dahulu. Sebuah pulau yang memberi begitu banyak harapan dan dugaan untuk masa depan mereka.

Nama Pulau Bidong tidak segah pulau-pulau yang lain di Terengganu, namun ia kaya dengan warisan dan tinggalan sejarah pelarian perang  dari Vietnam ketika Vietnam diserang oleh Amerika Syarikat pada tahun 1975. Sewajarnya, tinggalan sejarah ini dikekalkan dan dipeliharan sebaiknya.  Ini kerana, kebanyakkan bekas pelarian perang tersebut kembali semula ke pulau ini untuk melihat dan mengenang kembali memori suka duka yang pernah mereka alami selama menduduki pulau ini. Tidak kurang juga yang berkunjung ke sini semata-mata untuk melawat pusara keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang menghembuskan nafas terakhir mereka di sini.

Sejarah kedatangan pelarian perang Vietnam ke pulau ini bermula sekitar tahun 1975 dimana bot pertama yang mendarat disini bersama 47 pelarian. Selepas daripada itu bot demi bot sampai di pulau  ini sehingga mencecah kepada angka 250,000 pelarian sepanjang tahun 1975 hingga 1991. Pulau ini dengan rasminya dibuka sebagai kem pelarian pada tanggal 8 ogos 1978. Pada asasnya Pulau Bidong boleh memuatkan sekitar 4,500 orang pelarian, tetapi pernah di catatkan pulau ini pernah memuatkan hampir 40,000 pelarian pada satu-satu masa. . Saya sendiri tidak dapat membayangkan suasana ketika itu. Sebab itu Pulau Bidong turut juga dikenali sebagai Mini Saigon.

Tinggalan-tinggalan seperti sekolah, rumah-rumah, gereja, tokong sudah kelihatan semakin uzur di makan waktu. Selepas pulau ini ditutup dengan rasmi sebagai kem pelarian perang Vietnam pada 30 Oktober 1991, pulau ini dibiarkan begitu sahaja dan menjadi tempat para nelayan tempatan untuk berteduh dari ombak atau ribut ketika di laut.

Saya menjejakkan kaki ke pulau ini untuk pertama kali pada tahun 2007 dengan tujuan untuk merakam gambar-gambar tinggalan pelarian Vietnam. Ketika itu, satu jeti kayu yang panjang masih wujud tetapi sayangnya sudah tidak digunakan lagi dan, kebanyakan bangunan juga sudah mulai roboh. Kawasan sekitarnya ditumbuhi pokok-pokok dan semak samun. Di sebelah dalamnya pula masih terdapat tinggalan tangki-tangki air yang bersaiz agak besar bagi menampung keperluan pelarian ketika itu. Beberapa monumen atau tugu peringatan telah didirikan oleh pelarian bagi mengenang jasa-jasa dan budi baik rakyat Malaysia yang bertugas di pulau itu. Kita juga akan dapat melihat ratusan plat simen yang ditulis nama-nama pelarian. Saya sendiri pun tidak pasti samaada nama-nama mereka yang telah mati atau nama– nama mereka yang pernah tinggal di pulau ini.

Kunjungan terakhir saya ke pulau ini adalah pada pertengahan tahun 2009. Ketika itu pembinaan jeti bagi memudahkan pengunjung ke pulau ini sedang giat dijalankan dan kini telah siap sepenuhnya. Kerajaan Negeri Terengganu telah memutuskan supaya tiada sebarang pembangunan chalet atau resort di pulau ini untuk tujuan pelancongan agar khazanah tinggalan pelarian perang ini terpelihara. Namun begitu saya merasakan usaha-usaha dari pihak yang berwajib adalah perlu bagi menyelia dan membangunkan pulau ini untuk menarik lebih ramai pelancong datang melawat dan melihat sendiri suasananya. Kemudahan seperti tandas dan tempat berehat, laluan pejalan kaki yang lebih baik dan pelbagai lagi perlu disediakan. Mungkin juga boleh diwujudkan muzium mini bagi memaparkan gambar-gambar atau dokumen-dokumen memorial  yang boleh memberi informasi kepada para pengunjung mengenai sejarah pulau ini.

Untuk sampai ke pulau ini, anda perlu menaiki bot dari jeti Merang dimana ianya terletak kira-kira 39 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.Perkhidmatan bot untuk disewa ada disediakan di sini. Biasanya harga sewa bot ditawarkan sehingga RM500.00 untuk perjalanan pergi balik menggunakan bot laju yang boleh memuatkan sekitar 10 orang penumpang. Di satu sudut pulau ini juga terletaknya Stesen Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) bagi menjalankan kajian terhadap marin biologi dan sebagainya.

Sehingga kini, Pulau Bidong lebih terkenal dengan dunia bawah airnya di kalangan penyelam skuba berbanding dengan nilai-nilai sejarah yang wujud di pulau ini.

Informasi :

Untuk mendapatkan perkhidmatan bot ke  Pulau Bidong anda boleh menghubungi Abang Zul ( Norul Boat Services ) di talian 019 – 9852259

Attractions

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads