Sabtu, 18 Mei 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Suasana <b>di Marang</b>. - Grand Signeur

Posted: 14 May 2013 08:17 AM PDT

Ini kisah saya ketika berkunjung ke Marang. Sebenarnya sudah 2 tahun saya bermustautin di Terengganu atas tujuan menyambung pengajian di sini. Jadi, saya tiada masa untuk melancong ke tempat lain. Kali ini saya di ajak oleh sahabat saya.
Saya orang Johor. Kuliah-kuliah agama sangat jarang untuk jumpa di negeri itu. Saya teringat semasa cuti semester, ada orang bertanya, "Kau duduk Terengganu mesti banyak kuliah agama, kan?"
Ya, soalan itu seolah-olah kuliah agama jelas susah untuk kelihatan di negeri Johor.
Saya tidak tahu nak jawab apa. Angguk tanda setuju. Ramai juga sahabat saya dari Marang. Bila bertanya, mereka duduk di kawan kampung. Tiada seorang pun kata duduk di kawasan bandar. Saya tertanya juga, tiada bandarkah di Marang?
Sahabat saya kata, "Ada, bandar Marang itulah. Tetapi tidak nampak seperti bandar pun. Ia lebih pada pekan."
Sebelum bertolak, sahabat saya suruh memakai kopiah. Saya hairan juga tiba-tiba, "Mengapa ya?"
Dia jawab, "Tak nak pakai pun takpa, sebab kat sana ramai yang memakai kopiah. Takut enta malu tak pakai sorang." 
Disebabkan dia mahu saya membawa ke tempat kuliah/ceramah di sana, jadi saya anggap ramai yang memakai kopiah adalah orang yang datang ke kuliah itu sahaja. Ternyata anggapan saya meleset dan saya agak menyesal kerana tidak memakainya.
Sampai di sana, memang benar sangkaan dan dakwaan sahabat saya. Lebih pada pekan dan perkampungan. Walaupun begitu, saya dapat rasa suasana masyarakat beragama di sana. Sama ada dari segi pakaian, pergaulan.
Sangkaan saya meleset tentang kopiah itu kerana dimana-mana sahaja saya melihat hampir semua lelaki berkopiah, ada juga berserban, ada juga yang berjubah. Wanita pula bertudung labuh, ada juga yang berpurdah. Saya tidak nampak lagi yang tidak bertudung. 
Memang benar iman bukan diukur pada pakaian. Tetapi orang yan baik dan menjaga imannya, pasti memakai pakaian yang baik dan mematuhi syarak.
Saya menghadiri kuliah/ceramah TG Haji Hadi Awang di Masjid Rusila. Macam-macam perkara saya dengar mengenai dirinya. Sama ada pujian ataupun cemuhan. Pertama kali melihat wajahnya secara berhadapan, hati tiba-tiba rasa tenang.

Saya hairan mengapa orang yang mampu mengajar kitab dan tinggi ilmu agamanya seperti beliau, masih ada yang mahu mencemuh dan menghina tidak tentu pasal.
Hati saya terdetik, "Begini rupanya anak-anak Terengganu dididik. Bukan sahaja ibu bapa, suasana sekitar dan masyarakat juga main peranan penting. Sekiranya begini keadaan Marang, bagaimana pula di Kelantan? Tentu lebih hebat!"
Tentulah saya berasa pelik kerana saya tidak hidup dalam suasana begini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads