Rabu, 8 Mei 2013

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


HANNA RAZ: Hari-hari <b>di Kuala Berang</b> 9

Posted: 25 Apr 2013 08:55 PM PDT

Rabu, 11 April 2012 : Fajar menyingsing. Lega! Tak payah lagi tido di situ. Haha..

Aku mau cepat-cepat balik. Mandi kat umah sendiri, tukar baju, sambung tidur .. lantaklah apa nak jadi pun!

Kak Wa menghalang. Katanya tunggu dia masak, makan dulu, baru balik. Malas! Hati meningkah. Haha .. Jahat, kau Hanna! Tak berterima kasih langsung.

Da dapat membaca gerak hati aku agaknya. Celik mata aje terus dia menangis. Katanya tubuhnya keras membatu masa tidur. Membelakangkan aku, dan .. seakan ditahan daripada bergerak-gerak.

"Aik .. kak ingatkan Da tido rapat sangat dengan kak sampaikan tengkuk ni rasa panas."

"Taklah kak. Da tak boleh gerak sikit pun, menghadap tv dari awal sampai .. kak bangun Subuh tadi, ea?"

"Ha'ah." Aku iyakan dengan sepatah kata.

"Haa .. lepas Subuh baru Da boleh pusing belah ni. Nak bangun solat, tapi macam kena tahan."

Aku termangu. Dah apa benda belakang aku malam tadi??

"Da rasa akak ni kuat, 'dia' tak boleh nak kacau kak. 'Dia' panas bila dekat dengan kak."

Pandailah kau! Kau tak tahu hati aku ni dah macam nak terjatuh dari railway dia dah! Lama-lama boleh kena sakit jantung pulak, tau!

Dengan alasan nak keluar ke Kuala Berang untuk mencari hadiah, kami berjaya meloloskan diri. Yeah!!

Baru beberapa minit sampai, handset Pah berbunyi.

Kak Wa!

"Datang cepat sikit, Pah! Da tak sedar pulak ni!"

What?!

Aku mengeraskan diri. Protes ada, memberontak pun ada. Korang jangan tiru perangai tak senonoh aku ni, tau! Hargai jasa yang orang lain dah tabur kat korang. Aku ni lain lah. Haha..

Sengaja aku lambat-lambatkan pergerakan.

Seperti dipinta, kami singgah rumah Kak Wa. Keadaan nampak tenang. Ni betul-betul ada benda jadik ke, ke tipu-tipu nak suruh kami datang je?!

Tengok! Jiwa aku dah tak sihat. Asyik pikir bukan-bukan je.

Kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Ustaz Wulan dan 2, 3 anaknya kelihatan tercongok sambil makan mihun.
Eh ..?!

"Dah selesai." Kak Wa mematikan persoalan yang baru berterbangan dalam kotak fikiran.

Aku senyap je sepanjang mereka berbual.

Bila Ustaz Wulan dah selesai dan bersedia untuk balik, aku jadi gelabah. Nak cakap ke tidak?

Kalau tak sekarang, bila lagi?

Aku cepat-cepat mengejar langkah Ustaz Wulan. Dia sudah menyarung selipar. Tunggu nak bukak pintu kereta je lagi.

"Ustaz.."

Dia menoleh.

"Mintak maaf, ustaz. Sebenarnya .. saya pun rasa macam tak berapa sihat .." Aku bersuara perlahan. Dan sengaja di luar rumah, tak mahu si sakit dengar. Nanti dia tahu aku lemah. Tentu dia jadi berani nak cekik aku. Khayalan! Hish ..

"Rasa macam mana tu?" Perhatiannya tuntas pada muka aku.

"Rasa macam lemah. Tak sedap hati .."

"Hah .. mari masuk. Pok tiup sikit." Aku tercengang. Kena tiup jugak? Erk ..!

Sekarang, rahsia sudah pecah. Semua penghuni rumah ni dah tahu. Da perhati aku dengan hujung mata, bersama senyum sinis.

Tengok! Kan betul kata aku. Cubalah buat benda jahat kat aku, memang aku tak lepaslah kau!

Sekali lagi .. bayangan melampau! Teruk, teruk ..

Terasa mau sekeh aje kepala budak luar sedar tu.

Tak payahlah tengok aku macam tu! Aku kuat lagi kalau setakat nak sepak kau, tau!

Mata sama mata berbicara. Dan dia tergelak!

Aku mencebik.

Berada di luar, terasa jiwa aku lepas bebas. Kan betul, jiwa aku terantai dengan semua benda tak terjangka ni.

Petang : Kali ini, sudah tidak ada 'permainan senyap'. Aku tengah solat di ruang tamu rumah sewaku selepas pulang dari Kuala Berang. Di depanku, polisterin yang disandarkan di dinding jatuh perlahan-lahan. Dan di telinga kiri, ada mainan bunyi-bunyian mengejutkanku. Tahankan diri, sudahkan sembahyang dulu ..

Pah berbalas pandang dengan aku. Nampaknya 'dia' sudah mula berani memunculkan diri.

Cepat-cepat kami berkemas dan ke rumah Kak Wa.

Ruang tamu rumah Kak Wa penuh. Geng lelaki Kuala Berang berkumpul. Faiz, Rosa, Syafiq, Kundur, Bedu, Nizam, Fuad, Rafi, Butang, dan beberapa orang lagi rancak berbual. Memang seronok sangat kalau dapat berkumpul. Aku yang baru nak masuk rumah jadi teragak-agak. Terkejut pun ada.

Tengok muka-muka yang seangkatan dengan kami berdua, hati terjentik rasa terharu. Alahai .. feeling pulak dah! Padahal diorang tahu ke tidak kisah kami ni. Haha ..

Ibu Kak Wa yang datang dari kampung juga ada. Diam aja di samping anaknya yang turut membisu. Tentu sekali naluri keibuannya tersentuh melihat anak yang dikasihi sebegitu. Sabarlah mak cik! Kita sama-sama doakan yang terbaik buat Da, ya ..

Kami diundang ke majlis reunion geng praktikum Kuala Berang di KFC. Hati sudah melonjak-lonjak gembira. Belum pergi lagi dah rasa gembira. Haish ..

Tapi .. Da?

"Tak apa. Pergilah. Ini je masa nak berkumpul dengan kawan-kawan." Kak Wa datang memujuk.

Terhiba tiba-tiba. Baiknya dia! Padahal aku bukan baik pun.

Hati 50 – 50. Dilema, dilema ..

Sebagai rakaman kenangan, Da meminta kami bergambar bersama. Aku menyambut dengan kening terangkat. Tidak terlintas apa-apa yang buruk. Tapi .. ada yang risau. Bomohkan gambar! Erk ..?! Mungkinkah???

Malam ini, niat untuk pergi reunion terbatal. Da tidak sedarkan diri. Adanya ibu Kak Wa, peranan aku sebagai 'misi tak terlatih' sudah diambil alih. Begitu kuat wanita itu bergabung tenaga dengan Kak Wa mengendalikan anaknya. Mereka berbalas kata. Aku hanya mendengar, melihat tanpa memerhati dari hujung ruang. Malas menjebakkan diri. Hukhuk ..
Teruk jugak Da memekik. Sampai akhirnya suaranya menjadi serak.

Kak Yus berjaya menjadi watak yang mengagumkan pada malam ini. Dia datang dari Merchang, melawat dan cuba membantu sekadar termampu. Katanya ada pengalaman sebab dulu dia pun pernah alami. Pulak!

Selepas dirawat oleh Ustaz Wulan, kami semua keluar ke kedai makan dalam taman ini. Terasa lawak pulak. Seolah-olah meraikan rawatan yang baru selesai. Tapi .. tolak ke tepi semua tu! Yang penting, perut yang dah kosong semula diisi! Haha .. Terima kasih la encik polis, Kak Yus .. huhu ..

Sekali lagi, aku tidur di tengah-tengah. Lelaplah mata. Biarkan dia. Kalau ada cubaan 'mengacau', backhanded je dia (betul ke dop aku sebut nih.hua3..). Tak pun, hrm .. buatlah apa-apa yang patut ..

Ayatul Kursi meluncuri bibir. Disusuli 4 Qul. Kalimah syahadah dilafaz.

Aku pejamkan mata. Sekejap cuma, nanti sirna yang gemilang menanti lagi besok.

Hari-hari di Kuala Berang 9. Sekian.

HANNA RAZ: Hari-hari <b>di Kuala Berang</b> 8

Posted: 25 Apr 2013 08:50 PM PDT


Selasa, 10 April 2012 : Mata rasa berpasir. Pijak tanah pun kaki macam tak berapa nak lekat je. Tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab. Aku dan Pah, sama-sama gagahkan diri bangkit dari 'mati yang seketika'. Bersiap-siap untuk ke sekolah.

Rumah sebelah sudah beroperasi. Bunyi berdentum-dentum. Kedengarannya seperti radio, sengaja dipasang kuat-kuat. Hurm .. baguslah, boleh aku tumpang dengar sekali!

Kak Nis tegak terpacak di luar rumah. Sambil menunggu Pah panaskan enjin Mike, aku sempat tanya khabar Kak Nis, risik-risik hal semalam. Kak Nis menahan suaranya daripada terkuat, takut-takut Da yang kat dalam terdengar. Tapi .. telinga aku yang rasa berdengung jasa kejutan bagai nak rak malam tadi tak mampu nak bekerjasama dengan baik. Kak Nis feeling habis bercerita siap dengan suara tersekat-sekat sebab sebak, aku pulak terkelip-kelip mata tengok dia dengan kepala yang terangguk-angguk, tapi .. ting-tong!

Di sekolah, ketibaan Puan Rosmani kami sambut dengan mulut riuh bercerita pengalaman semalam. Puan mendengar dengan baik. Puan usulkan agar kami berpindah. Tinggal 2 hari praktikum. Paling lama kaki terus memijak lantai bumi Kuala Berang pun 3 hari saja lagi. Itupun kalau kami stay lagi hari Jumaat. Tapi hati dah jerit awal-awal, "Tak nak!!". Well .. nasihat yang baik, but seems impossible!

Hari yang langsung tak ceria. Tapi syukur semuanya berjalan lancar. Jutaan penghargaan cikgu ucapkan teristimewa untuk murid-murid 6 Cemerlang atas lakonan cemerlang kalian! Kelas aku hari ini berlangsung dengan sangat sepi. Nampaknya murid-murid aku ni menepati janji yang mereka buat. Sampaikan aku pulak resah sebab kekok berada dalam 6 Cemerlang yang senyap sunyi tanpa suara nih. Tahniah, Engku Amirul Afifi sebagai ketua geng lelaki 6C, Izzat, Hafiz .. yang lain-lain maaf ya, cikgu dah lupa nama kamu semua!

Balik sekolah, singgah kejap kat rumah Kak Wa. Da ada di situ. Petang ni Kak Wa pelawa datang lagi. Okey lah ..
Petang menjelang. Kami memenuhi jemputan Kak Wa. Faiz juga datang melawat. Da sugul aje. Aku berlagak biasa melihat perempuan itu. Nampak sangat kesihatannya yang masih terganggu. Aku sendiri pun dah rasa macam nak demam, jadi berdiam itu lebih baik.

Berjalan pulang seiringan dengan Faiz. Lalu ikut jalan belakang, jadi lintas depan rumah dia dulu sebelum sampai rumah. Eloklah, jam pun dah rapat sangat ke angka 7, dengan langit pun dah mula gelap. Sungguh tak patut!

"Korang stay sana lagi ke?"

Soalan Faiz buat muka kami berdua berkerut.

"Ya la. Dah tu nak duk mana lagi?"

Faiz pulak ditanya.

Faiz mula membuka cerita pasal rumah kami. Kisah malam tadi, versi rumah kami pulak.

"Bedu nampak mangga kat grill tu bergoyang macam ada orang goncang. Masa korang kalut-kalut kat dalam tu, ada lipan keluar depan rumah korang. Besar jugak la. Warna gelap-gelap. Tak tahu dari mana muncul."

Terbeliak mata aku.

Apa ni wei?! Dah lah sekarang dah masuk malam. Tubuh pulak tunggu nak betul-betul jadik demam je lagi. Camna aku nak stay dengan aman kalau dah dengar cite cam ni?!

Bulu roma merinding.

Tak salah, Faiz! Bukan salah kau cite hal yang sebenar. Cuma aku yang tak cukup kuat nak hadapinya.

"Aku nasihatkan korang tak yah stay sana la. Pergi la rumah kawan-kawan korang. Ada kan, kawan korang kat bandar Kuala Berang tu?" Nasihat seorang kawan di tepi jalan, di ambang malam. Buat kami tertunduk.

"Tak pun ambil la kete aku. Tak nak tumpang rumah kawan, tido la dalam kete."
Dia menyambung. Terima kasih. Kami sangat hargainya.

"Tak apalah. Tak de apa, nya .." Pah meningkah.

Akhirnya .. stay saja. Mampukah?? Hati mula bermarathon.

Sampai depan rumah. Serentak dengan laungan azan Maghrib.

Aku telan liur. Pah tenung mangga solek grill lama-lama. Mukanya mula berubah rona. Makin lama makin merah. Kolam mata mula membengkak.

"Pah!" Cepat-cepat aku panggil.

"Jangan, Pah! Bukan di sini!" Okey! Berlagak kuat pulak aku ni.

"Aku tak boleh la, Hanna!" Matanya berkaca-kaca. Hujung tudung ditarik ke muka. Mata yang mula basah dilap.
"Tak apa. Kita pergi rumah Ainaa, jom." Berunding dan memujuk, dua-dua bersatu.

"Tak nak la susahkan diorang. Gi rumah Kak Wa la. Dia pun ajak tido sana jugak tadi, kan?" Pah menyambung.
Mata aku terkelip-kelip. Nak elakkan cobaan atau mendekatkan diri dengan cobaan, ya??

"Jom la." Aku pula memutuskan.

Sampai ke rumah Kak Wa. Dijemput masuk. Aku tersengih-sengih. Malu jugak rasa dekat Kak Wa sebab tadi macam beria aku menolak pelawaan dia tido sini. Huhu..

Masa sampai, Da tengah meragam. Nak balik kampung katanya. Kak Wa di sebelah termenung melayan ragam luar sedar adiknya. Penuh kasih sayang seorang kakak dia menjawab bicara si adik.

Malam itu, elok je lepas solat Maghrib, tragedi berlaku. Aku dan Pah secara tak langsung menjadi orang yang paling bertanggungjawab mengendalikan Da. Gagahkan diri, kuatkan hati.

Geng Faiz turut dihubungi. Bantuan diperlukan. Dan seperti sebelum ini, orang kampung memenuhi laman rumah. Menantikan pertolongan daripada yang sudi menghulurkan, hampir terkancing jugak pinggang aku bertahan memegang Da selama hampir 2 jam. Aku di bahagian atas, hampir-hampir memeluk Da dengan aksi tangan kanan aku menahan tangan kirinya, dan tangan kiri aku menahan tangan kanannya. Pah menahan tindakan agresif pada bahagian kaki. Di tengah rumah Kak Wa ini, kami bertiga bagaikan pelakon utama, di bawah sinaran cahaya lampu, "mempersembahkan" situasi yang terlalu jarang berlaku, khusus untuk "tatapan" penduduk taman perumahan ini. Hati? Telah mati. Yang tinggal hanya secebis harapan. Menantikan bilakah mimpi indah kan menjelma, menggantikan mimpi buruk yang tak berkesudahan ini??

Ustaz Wulan tiba untuk membuat rawatan. Dan aku terus menjadi 'misi'. Pah terhanyut tatkala memandang muka Da. Bedu mengambil alih. Pah diminta mengasingkan diri. Dalam keadaan lemah, elakkan diri daripada situasi sebegini ya, kawan-kawan ..

Usai sesi rawatan, aku diam tidak berkutik di satu penjuru. Sudah tak larat untuk berborak atau melakukan apa-apa. Nasib baik esok cuti. Bolehlah rehat. Harapnya ..

Malam itu, aku, Pah dan Da tidur bersama. Tolong jagakan Da, kata Kak Wa. Aku menahan rasa di hati. Bersyukurlah, Hanna! Dia bagi kau menumpang pun dah cukup bagus! Hurm ..

Aku baring di tengah-tengah. Biasa mengiring ke kanan. Tapi Da di sebelah itu, jadi .. kiri pun kirilah. Hati berdetak rancak. Denting jam di dinding kupicing dengan hujung telinga. Mengantuk, letih .. semua bersatu. Tapi mata berdegil. Ikutkan sangat hati yang lirih.

Mata kupaksa pejam. Ingatkan TUHAN. Pohonkan jagaanNYA. ALLAH .. ALLAH .. ALLAH ..

Sekejap, sekejap .. aku terjaga. Pejam semula. Lelap kejap .. sedar kembali.

Situasi yang selalu berlaku bilamana tidur dalam berwaspada. Takut dicekik, takut diterajang, takut dicakar. Imaginasi melampau! Huh ..

Tudung masih terletak elok di kepala. Tapi belakang tengkuk terasa panas. Terasa desah nafas. Adakah dia tidur terlalu hampir dengan aku? Lagilah payah aku nak lena balik. Aduhai ..

Hari-hari di Kuala Berang 8. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads