Jumaat, 17 Mei 2013

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: RM13.1 juta baik pulih lima sekolah <b>di Dungun</b>

Posted: 02 May 2013 04:25 AM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman

Kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ke Dungun membawa berita gembira kepada penduduk daerah itu khususnya warga pendidik apabila beliau meluluskan peruntukan RM13.1 juta bagi menaik taraf lima sekolah, tidak lama lagi.

Lima sekolah buatan kayu lama dan semakin uzur bakal dibaikpulih itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Santong, SK Tok Kah, SK Lintang, SK Kampung Subur dan SK Pasir Raja.

"Pok Li (Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan) awal-awal sebelum berucap sudah minta saya selesaikan, saya kata nanti dulu belum pilihan raya lagi. Dia kata ada beberapa sekolah buatan kayu yang perlukan peruntukan untuk pengubahsuaian.

"Ini bukan rasuah. Bukan salah saya tetapi Pok Li yang mintak. Tapi ini adalah keperluan kerana sekolah ini kayu mungkin sudah uzur dan ada yang tertinggal dan patut kita beri keutamaan. Insya-Allah akan saya luluskan dan serahkan kepada Setiausaha Kementerian (Pelajaran) dan akan kita laksanakan, tetapi yang mustahak kita kembali kepada Barisan Nasional," katanya ketika berucap di Program Pemimpin Bersama Masyarakat, di Arena Square, Dungun, hari ini.

 Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri haji Ahmad Said; Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Abdul Razak Ismail dan semua calon BN Parlimen dan DUN di Dungun.

Tan Sri Muhyiddin juga menaruh keyakinan BN akan kekal memerintah di Terengganu pada pilihan raya umum ini berdasarkan sambutan padu penduduk terhadap program BN dan Umno menjelang PRU13.

"Gelombang Merah di sana (Kelantan), (Gelombang Biru di Terengganu) sudah mula menyerang masuk ke setiap rakyat Kelantan yang mahu berubah dalam pilihan raya supaya Barisan Nasional kembali semula memimpin Kelantan di peringkat negeri.

 "Kalau sudah Kelantan boleh menang, Terengganu apatah lagi. Boleh kita beri peluang supaya Terengganu boleh menang 100 peratus di semua kerusi ," katanya.

 Pada masa yang sama, beliau juga meminta semua calon apabila menang nanti tidak lupa untuk terus menabur jasa dan khidmat kepada pengundi sebagaimana janji yang diuar-uarkan sepanjang kempen pilihan raya.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads