Rabu, 1 Mei 2013

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>

Posted: 22 Apr 2013 04:06 PM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/kempen%20chukai.jpgKUALA TERENGGANU - Senario politik selepas dua hari kempen pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) memberikan isyarat yang jelas bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan diberi mandat oleh rakyat untuk kembali bersama amanah rakyat ke wisma Darul Iman.

Pengundi Tionghua Tolak MCA-BN

Masyarakat tionghua terutama para pengundi di Dun Bandar (N14) dan Dun Chukai (N31) memberikan respon yang amat positif kepada calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat.

Calon PAS Dun Chukai, Haji Hanafiah Mat yakin kaum Tionghua bandar Chukai  akan membuat perubahan besar pada kali ini dengan mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.

Beliau telah memulakan kempen pada hari pertamanya bertemu secara langsung  dengan pengundi di sekitar stesyen bas, kedai-kedai makan, warung-warung dan pasar borong bandar Chukai di Kampung Dusun Nyior.

"InsyaAllah, bulan cerah.......,"kata Haji Hanafiah mengulang ucapan para pengundi Tionghua yang ditemuinya dalam kempen tersebut.

Menurutnya, rata-rata masyarakat Tionghua yang ditemui mengangkat 'ibu jari' menandakan sokongan mereka yang tidak berbelah bagi kepada PAS dan Pakatan Rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Jeffri%20Chua%20RB.jpgSementara itu di Dun Bandar, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Encik Jefri Chua membantu calon Parlimen PAS Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah dengan mengingatkan agar pengundi Tionghua tidak lagi memberi undi kepada calon MCA.

Beliau yakin rakyat Terengganu termasuk pengundi tionghua akan menolak calon Barisan Nasional pada pilihan raya ini.

"Berdasarkan senario dan perkembangan politik semasa termasuk di Dun Bandar ini, saya lihat minda rakyat telah berubah untuk pilihan raya kali ini.

"Mereka (rakyat) termasuk para pengundi di Dun Bandar dari masyarakat tionghua (Cina) juga mahukan perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini," ujarnya.

Menurutnya, pengundi tionghua tidak lagi memilih sentimen perkauman yang berkehendakkan calon Cina yang bertanding pilihan raya di Dun Bandar.

Kata Jefri lagi, dalam PAS ada DHPP yang mewakili semua kaum bukan Islam Cina dan  India bagi membawa suara masyarakat tersebut.

"Suka saya maklumkan, orang Cina, orang India dan masyarakat bukan Islam tidak perlu takut dan bimbang lagi kerana dalam PAS, kita ada dewan himpunan (DHPP) untuk suara bukan Islam.

"Kita (bukan Islam) mesti memberi sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menang pilihan raya dengan menukar Umno-BN pada PRU13," tegasnya.

Calon Bebas Tekad Akan kalahkan Alias

Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mendapat tamparan hebat pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-13, kali ini apabila bukan sahaja dicabar oleh musuh tradisinya PAS, tetapi calon Bebas.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Jaafar%20Jambol1.jpgCalon BN yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Limbat, Alias Abdullah akan berhadapan dengan calon PAS, Ariffin Deraman dan calon Bebas, Jaafar Jambol.

Jaafar, 50, dari Kampung Kubang Panjang merupakan ahli Umno yang mewakili penyokong BN lain kecewa dengan pemilihan Alias sebagai calon PRU13.

Justeru, beliau yang juga bekas Pembantu Agensi Pembangunan Masyarakat (APMT) berazam akan mengalahkan calon BN itu pada pilihan raya kali ini.

"Saya yakin menang dan akan menumbangkan Alias Abdullah (penyandang) daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini.

"Sebelum nama Alias diumumkan, saya langsung tidak terfikir untuk bertanding pada pilihan raya ini tetapi selepas mengetahui dia (Alias) akan bertanding, saya tekad untuk bertanding sama," ujarnya yang akan menggunakan simbol cangkul pada PRU13.

Beliau berkata demikian selepas selesai proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-13, di Pejabat daerah Marang, 20 April lalu.

Pencalonan Jaafar sekaligus, bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandangnya Alias Abdullah dancalon PAS, Ariffin Deraman di kerusi Dun Alor Limbat.

Pada pilihan raya 2008, Alias Abdullah (BN) menang dengan majoriti 799 mengalahkan calon PAS, Dato' Mustafa Ali antara satu lawan satu.

PAS Terengganu pernah memenangi Dun tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-10 tahun 1999 melalui calonnya, Yahaya Ali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads