Selasa, 28 Mei 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Dr Azman Ibrahim: Benarkah kadar jenayah <b>di Besut</b> menurun?

Posted: 25 May 2013 09:38 PM PDT

|

Jurujual diacu golok ketika berkempen di Besut, 24 April 2013. Polis buru 3 suspek tetak mekanik di Besut, 6 Januari 2013. Pembuat kerepok ditahan miliki dadah di Kuala Besut, 21 April 2013. Seorang lelaki ditahan, 5 kes curi kabel di Besut, 16 Mei 2013. Dua samseng kes pukul guru di Masjid Kayu Besut serah diri, 14 Mei 2013. Dua bunuh diri di Besut, 20 Januari 2013. Empat Ah Long ditahan di Jerteh dan Besut,4 April 2013. Pesawah parah ditetak di Besut, 19 Mei 2013. Ugut potong telinga guru di Besut, 22 Mei 2013. Dua lelaki ditembak polis di Besut, 18 Januari 2013. Dua suspek kes lari kenderaan dikenalpasti, 13 Februari 2013. Lelaki, rakan wanita ditahan miliki kereta curi di Felda Selasih, Besut, 18 Januari 2013. Anak penjenayah ketua geng curi, pelajar sebuah sekolah menengah diberkas di Besut, 20 Mei 2013. Suspek samun madu adik dicekup, 23 Mei 2013.

Petikan di atas adalah sebahagian kecil dari tajuk-tajuk yang disiarkan di dada-dada akhbar media perdana berkaitan kes-kes jenayah yang berlaku di sekitar Besut mutaakhir ini. Sememangnya peningkatan kadar jenayah di bumi 'Ulul Albab' ini menjadi buah mulut terutamanya kecurian dan pecah rumah, jenayah kekerasan dan kes-kes narkotik.

Dari getah skrap, buah kelapa sawit, pisang di kebun, tembikai di ladang sehingga kepada kes curi kenderaan dan pecah rumah. Topiknya menjadi bahan perbincangan hangat masyarakat. Seorang pesawah dari Kampung Gerong Apal merungut, "nasib baik tak berlaku lagi kes pencuri 'tolong tuai' padi kita di sawah, kalau kelapa sawit, yang atas pokok pun pencuri kait. Ni jiran sebelah rumah ambo, lembu dia hilang 2 hari lepas, jumpa dalam rok (semak) siap kena ikat kaki, nasib baik tak sempat kena semelih! "

Suatu pagi di kedai kopi Kampung Kuala Kubang, Jabi. Sambil minum pagi, orang kampung rancak bercerita tentang getah skrap dicuri orang, "letih kita toreh, dia 'tolong kutip'! kalu dapat kat aku, siaplah!" rungut seorang penoreh dengan nada kesal berbaur marah. Saya mendengar dengan penuh simpati. Sudahlah harga getah merudum, susu getah tak berapa keluar semasa musim daun getah luruh seperti sekarang, ada sikit-sikit hasil kena curi pula. Seorang teman yang mempunyai kebun sawit seluas kira-kira 3 ekar menyampuk, "dok pelik mana pok getah (getah scrap) kena curi, ambo sawit atas pokok pun ada orang tolong kait!"

Kebetulan semalam (Jumaat) saya menziarahi seorang sahabat, petugas pilihanraya Dun Jabi yang kehilangan keretanya. Kenderaan yang diletakkan di hadapan kedai runcitnya di Kampung Guntung, Tembila, Besut dilarikan pencuri pada awal pagi. Masih belum ditemui sehingga sekarang. Ketika laporan polis dibuat di IPD Besut, anggota yang bertugas memaklumkan bahawa hari ini sahaja, 3 kes laporan curi kenderaan telah diterima. Bayangkan ketika itu waktunya masih diawal pagi Jumaat! Kalau 40 penyamun dalam cerita 'Ali Baba P. Ramlee' ada hari off dan holiday, pencuri sekarang nyata lebih hebat. Hari Jumaat tetap beroperasi seperti biasa!

Saya menziarahi seorang ibu yang mengaku dia adalah ahli Umno dan pengundi tegar BN dari Kampung Gong Dasar, Jabi, di mana anaknya pernah keluar masuk lokap angkara pil kuda menangis hiba mengenangkan perihal anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang akhirnya terjebak dengan gejala negatif ini. "Doktor tolonglah fikir sesuatu, Pas kena buat sesuatu untuk anak-anak muda di sini, demo main pil kuda terang-terang depan mata, macam dok takut ko sapo-sapo. Kalu tak dok orang nak tolong baiki, dok tahulah nak jadi lagu mana" Keluhnya dengan penuh kesedihan.

Orang kampung tak pandai dengan statistik dan data. Saya juga adalah orang kampung, membesar sebagai anak kampung, berjiwa kampung, merasai penat jerih orang kampong. Mungkin tak salah kalau saya berfikiran sealiran dengan mereka. Data dan statistik PDRM menunjukkan kononnya kadar jenayah di Besut menurun, tapi realiti pada pandangan serta apa yang sedang menjadi igauan masyarakat adalah berbeza.

Dengan didahului permohonan maaf kepada Tuan OCPD Besut dan rakan-rakan anggota PDRM yang saya kenali dari IPD Besut, Balai Polis Jerteh serta Jabi yang telah banyak memberikan kerjasama menjayakan pelbagai program Parti Islam Semalaysia khususnya di Dun Jabi, dengan penuh hormat saya berpandangan, sekadar angka yang dibentangkan tak akan mampu untuk memberikan keyakinan dan rasa tenteram masyarakat kerana manusia akan menilai berdasarkan situasi yang ada di sekeliling mereka.

Saya juga tidak ingin mengulas panjang tentang maklumat serta bukti bahawa berleluasanya budaya samseng di sekitar Bandar Jerteh sehingga ramai peniaga-peniaga kecil yang pro pembangkang menjadi mangsa dan tidak diizinkan berniaga lagi. Apakah ini suatu tindakan melepaskan geram pasca PRU 13? Yang pastinya, kita meyakini bahawa kedaulatan undang-undang masih wujud di sini dan Jerteh bukanlah sebuah pekan cowboy dengan makna siapa yang kuat dia berkuasa! Apatah lagi antara bangunan yang paling besar dan tersergam di Jerteh adalah Bangunan Umno Besut. Tersergam pula papan tanda 'Besut Bumi Ulul Albab'. Arkitek Ulul Albab pun sudah dilantik menjadi menteri penuh. Tolonglah kawal perlakuan anak-anak buah Dato' Seri supaya Ulul Albab tidak disindir dengan gelaran 'Ahmad Albab!'

*Penulis adalah AJK Badan Perhubungan Pas Terengganu, Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads