Khamis, 25 April 2013

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Sejarah &#39;Orang Hanyut&#39; <b>Pulau Bidong</b>, Terengganu - CVKMedia.my

Posted: 02 Apr 2013 04:24 PM PDT


Tak banyak orang tahu bahawa Pulau Bidong, Terengganu pernah tercatat sejarah 'Orang Hanyut' disitu. 'Orang Hanyut' merupakan orang vietnam yang menjadi pelarian. Pada Ogos 1978, melalui pewartaan PU(A) 227, kerajaan negeri Terengganu bersetuju mengistiharkan pulai Bidung sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam. Jom tengok sejarah ni.. :-


Orang Hanyut merupakan orang yang menjadi pelarian (orang vietnam) semasa negara mereka mengalami pergolakan dan krisis komunis.

Peristiwa ini dikatakan berlaku sekitar tahun 1950-an dan berlarutan selepas beberapa tahun berikutnya.

Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa peristiwa hitam ini bermula pada tahun 1975. Pelarian vietnam mula mendarat di Pulau Perhentian,Terengganu apabila sekumpulan pelarian yang berjaya tiba dari vietnam. Pulau Bidong juga menjadi sebuah tempat pelarian vietnam pada masa itu

Ia kemudiannya diikuti oleh beberapa siri pendaratan lain sehingga meningkat kepada 1,400 pelarian pada 1977. Pada Ogos 1978, melalui pewartaan PU(A) 227, kerajaan negeri Terengganu bersetuju mengistiharkan pulai Bidung sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam.

Orang Hanyut ini juga dikatakan mula mendarat di Pantai Seri Tujoh,Tumpat pada tahun 1950-an. Ini diperkuatkan lagi dengan pembinaan tugu peringatan pelarian vietnam yang terdapat di sini

Pada masa itu,mereka melarikan diri melalui jalan darat dan jalan laut. Kebanyakannya mereka menaiki tongkang,dan bot nelayan kecil untuk sampai ke negara-nagara lain termasuk Malaysia. Jumlah pelarian paling tinggi pada sesuatu pelayaran adalah pendaratan kapal Hai Hong di Pelabuhan Klang pada November 1978 dengan sejumlah 2,400 pelarian di atasnya.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEDATANGAN
ORANG HANYUT

-kejatuhan kerajaan demokratik vietnam
yang disokong oleh Amerika ke tangan
komunis vietnam utara pada tahun 1975.

-kehidupan rakyat menjadi kucar-kacir.

-disebabkan kehidupan tidak terurus,mereka
sanggup merantau ke negara lain untuk membina
hidup baru di sana.

-pergolakan yang besar berlaku di negara mereka menyebabkan ratusan nyawa terkorban. 

-mereka yang terselamat telah meninggalkan negara sendiri untuk menyelamatkan nyawa

KESAN KEPADA NEGARA

Pulau Bidung telah diisytiharkan sebagai 'pulau larangan.' 

Negara kita menerima lebih banyak pendatang tanpa izin setiap tahun nelayan tidak dibenarkan menggunakan perairan Pulau Bidung untuk menjalankan kegiatan mereka.

Di antara 1978-1990 jumlah pendaratan pelarian Vietnam ke Malaysia adalah 252,390 dan seramai 4,535 bayi
direkodkan kelahirannya.

Pulau Bidong dikosongkan sepenuhnya pada 1991.

Luahan Hati Orang Hanyut 



Hi!

I was very glad to have come across your post. I was a former refugee that lived on Pulau Bidong in 1983. 

I had almost forgotten my heritage and everything that my family gave up for me and my brother to be here today living and enjoying our lives in America.

I was only a 7-year old when my Mom, me, my brother, and my grandpa left Vietnam in a small wooden boat with a least 50 other people onboard in 1983. We encountered communist pirates (it would have been worse if they were Thais) along the way (and they took almost all of our possessions), we drifted for 5 days and nights until we came across an oil rig (but I'm not sure if they were American or European). They resupplied us with fresh water, rice, and apples. After another day, we made it to Pulau Bidong where we stayed for 6 months until we were transferred to a refugee camp on the mainland (Sungei Besi) where we stayed for another 6 months. Afterward, we were able to make it to American in late 1983.

This was something that I had kept quiet about my life as I tried to integrate myself into American society and culture. I tried so hard that I had almost forgotten about the entire Vietnamese experience. 

Recently I returned to Vietnam and realized how beautiful the land, people, and culture are. I hated myself for forgetting about my ancestry and the struggles of the Vietnamese people. At this point in life, I want to go full circle and return to my origins. I think the process will bring me closer to my center to give me greater pride abd feelings of gratefulness in the Vietnamese experience. 

I have heard that there are group trips to Malaysia to visit the island. If you know anyone organizing a trip then please let me know. I want to go back and visit!

We Vietnamese are very gratefully to the Malaysian Government/people for allowing us to temporarily stay at Pulau Bidong.

Thanks you!
Chris Nguyen



Sumber : Carigold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads