Isnin, 22 April 2013

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


AKHIRNYA, VIDEO LUCAH YANG DIKAITKAN DENGAN MUSTAFA <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2013 12:54 AM PDT


Semalam, pihak polis menyatakan mereka tidak boleh memulakan siasatan ekoran tiada sebarang laporan polis dibuat tentang video seks yang dikaitkan dengan Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS. Ketika ditanya kepada Mustafa Ali selaku orang yang terlibat, Setiausaha Agung PAS itu enggan mengulas panjang, sebaliknya menyatakan perkara berkenaan 'DIURUSKAN' oleh peguamnya.

Hari ini, lebih kurang pukul 11:20 pagi tadi, seorang lelaki bernama MOHD ZAID BIN ABDULLAH yang merupakan seorang buruh telah membuat laporan polis di Balai Polis Paka berhubung isu video seks Mustafa  Ali.

Dalam laporannya, si pengadu telah mendapat tahu tentang penyebaran video seks tersebut di kawasannya dan berasa bertanggungjawab untuk membuat laporan polis agar pihak polis dapat memulakan siasatan serta mengambil tindakan ke atas perlakuan serta ketulenan video seks yang sedang tersebar luas itu.

Tidak pula dapat dipastikan, apakah Mohd Zaid itu seorang penyokong PAS, PKR atau UMNO. Walaupun tujuannya membuat laporan polis kelihatan seperti cuba MENGANIAYA Mustafa Ali dan memalukan perjuangan PAS, namun yang sohehnya, ia adalah permulaan kepada satu siasatan yang lebih menyeluruh dan menerangkan lagi kekaburan yang selama ini cuba diselindungi oleh pihak-pihak tertentu, khususnya kepimpinan utama PAS.

PAS pada masa yang sama, menolak siasatan yang akan dilakukan oleh pihak polis dengan menegaskan, mereka mempunyai Lujnah yang berkaitan bagi mengambil sebarang tindakan terhadap Mustafa Ali atau mereka yang berkaitan.

Pun begitu, rasa-rasanya sudah ramai yang dapat menjangkakan, apakah tindakan yang akan dilakukan oleh PAS kalau selama ini pun jawapan-jawapan yang diberi, semuanya bersifat ASSOBIYYAH!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads