Jumaat, 26 April 2013

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di chukai</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2013 07:41 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PERGH!!!! CERAMAH DEMI RAKYAT BERSAMA DSAI <b>DI CHUKAI</b> <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2013 06:37 PM PDT


Siapa yang percaya kalau ceramah yang dihadiri DSAI sebagai penceramahnya, ceramah itu hambar, sunyi sepi dan lengang maka sahlah dia memiliki otak udang kering.

Bukan nak mengatalah...setakat ini setiap ceramah DSAI sudah pasti ribuan yang hadir.. sama ada dibandar, separa bandar, kampong-kampong tardisional, rancangan Felda,  jauh di pendalaman hatta dikubu kuat UMNO sekali pun.

Kalaulah beliau ini kaki peliwat, pengkhianat nmegara, ejen asing, penipu pembelit seperti ditomah dan difitnah oleh UMNO, mengapa rakyat turun beribu-ribu ditempat beliau mengadakan sesi ceramah?

Apakah UMNO sudah tidak mampu berfikir perkara yang semudah ini?

Ertinya apa?.. Ertinya rakyat sudah muak, bosan dan benci dengan penipuan dan fitnah yang sering dilontarkan oleh UMNO.

Contoh terbaik Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Chukai, Kemaman, terengganu malam tadi.

Lihat saja jumlah dan angka rakyat tempatan yang hadir... Adakah rakyat selama in i termakan apa jua yang difitnah oleh UMNO terhadap DSAI dan Pakatan rakyat?

Pada malam ceramah tersebut DSAI telah mengumumkan Naib Pengerusi KeADILan Negeri terengganu, Sdr kamaruddin Chik sebagai calon PKR/PR bagi Parlimen Kemaman.

Rakyat sudah cerdik dan bertekad serta bangkit mau melakukan perubahan...Masa untuk UMNO menjadi pembangkang sudah sampai.

INI KALILAH TUKAR....JOM UBAH.... SELAMATKAN MALAYSIA.

Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>

Posted: 08 Apr 2013 12:37 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/MPK%20cabut%20benderab.jpgKEMAMAN - Sudah lebih daripada dua kali pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mengarahkan para penguatkuasaya membuang bendera Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang dipasang diatas jambatan Geliga, dekat sini.

Dalam kejadian semalam, Ahad 7 April, Ketua Urusan Ulamak Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, Ustaz Ali Mohammad [Gambar berkopiah] sendiri telah turun, merayu bagi pihak PAS supaya bendera-bendera tersebut tidak diapa-apakan.

Namun, pihak pegatkuasa MPK tidak mempedulikan rayuan tersebut, bahkan terus mengambil tindakan.

Menurut Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat, pihaknya dimaklumkan 'kerja kotor' mencabut dan membuang bendera PAS tersebut telah diarahkan sendiri oleh Yang DiPertua MPK, Tuan Haji Mustafar Khalid.

"pihak (penguatkuasa) MPK maklum, kata mereka YDP Kemaman Mustafar Khalid suruh (cabut bendera) dan makluman dari para pegawai MPK, YDP suruh buang sebab YDP dah 'gila' nak jadi calon 'Dulu, Kini dan Selamanya' (Umno),"ujarnya ketika dihubungi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/MPK%20cabut%20bendera1.jpgHaji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, tidak berada di dalam kawasan ketika kejadian berlaku semalam kerana beliau menghadiri program Dailog Manifesto PAS Terengganu yang di adakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar Kuala Lumpur.

Menurutnya, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak ada halangan kepada parti-parti politik yang bertanding untuk memasang lambang masing-masing diluar waktu kempen, namun menasihati pihak berkuasa tempatan supaya menggunakan budi bicara secara adil dan saksama.

"Pengarah SPR Terengganu dah kata, tak larang nak pasang bendera luar kempen tapi pihak PBT mesti adil, kalau bendera dacing boleh dipasang mengapa bendera PAS tidak boleh, kalau di tempat lain yang lebih hebat macam jamabatan Sultan Mahmud penuh dengan bendera dacing mengapa bendera PAS di Jambatan geliga nak di kacau,

"sepatutnya Mustafar (YDP MPK) arah cabut bendera Umno kerana bendera 'keris telanjang' tu tak bertanding dalam PRU, nampak sangat Mustafar berat sebelah!,"jelas Hanafiah.

Justeru beliau mencabar supaya Mustafar meletakkan jawatan dan menjelaskan kedudukannya dengan masuk menyertai parti politik serta mencabar YDP MPK itu bertanding di DUN Chukai.

"kalau dah nak ke Umno sangat, letak jawatan.......... isi borang Umno.........masuk Umno dan saya cabar Mustafar bertanding di DUN Chukai,"tegas Hanafiah.

Isteri YB Adun <b>Chukai</b> Diragut | Terengganu Today

Posted: 19 Feb 2013 04:47 PM PST

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Dua peragut bersiri yang dipercayai turut terlibat dengan kes ragut beg tangan isteri Adun Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera, akhirnya dicekup Jumaat lalu.

Dengan penangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan 15 kes ragut di sekitar Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, suspek pertama yang berusia 25 tahun ditangkap di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang kira-kira jam 9 malam.

Katanya, soal siasat ke atas lelaki itu membawa ke satu kawasan semak di Kampung Pengkalan Cicar, Bukit Kuang dan menjumpai beg hitam mengandungi buku akaun simpanan Tabung Haji atas nama isteri Adun Chukai, lesen memandu kelas D, kad pengenalan dan beberapa kad kredit.

"Kesemuanya atas nama yang sama (isteri Adun). Pada masa sama polis juga merampas sebuah motosikal jenis Yamaha SS yang dipercayai digunakan untuk tujuan ragut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, di sini, semalam.

Menurutnya, susulan penahanan suspek pertama itu, sepasukan polis menyerbu sebuah lagi rumah di kampung sama dan berjaya menangkap seorang lagi suspek yang berusia 23 tahun.

Kata Che Suza, soal siasat terhadap suspek kedua membawa pasukan polis ke sebuah rumah di Kampung Perpindahan  Bukit Kuang.

"Polis juga jumpa jam tangan dalam lipatan kain di dalam rumah itu," katanya.

Dalam kes ragut pada 12 Februari lalu, isteri Adun itu kerugian wang tunai RM1,700 apabila diragut suspek ketika sedang minum bersama beberapa rakan kira-kira jam 5 petang di sebuah kedai di Kemaman.

Suspek melarikan diri dengan motosikal bersama seorang lelaki yang menunggu di luar.

-sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads