Rabu, 3 April 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Murid Tahun Enam Lemas <b>Di Besut</b> | Terengganu Today

Posted: 19 Jan 2013 12:20 AM PST

Keriangan seorang murid tahun enam mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Besut dekat Kampung Tok Raja, Jertih, berakhir tragedi apabila dia lemas di sini, petang kelmarin.

Mangsa Muhmmad Faris Irfan Fauzi, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Raja lemas kira-kira jam 5.30 petang selepas keluar dari rumah neneknya di kampung sama jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa yang tidak pandai berenang mandi bersama beberapa kawannya.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa pada mulanya dikatakan mandi di tempat air cetek tetapi secara tiba-tiba terjerlus ke pasir dalam menyebabkan dia lemas.

"Selepas mendapat laporan, pasukan pencari dan penyelamat dibantu penduduk kampung telah melakukan usaha mencari bermula jam 5.40 petang," katanya.

Mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat JPAM dan penduduk kampung jam 5.50 petang, kira-kira 50 meter dari tempat dia mula-mula lemas.

Menurutnya, mayat mangsa yang beralamat di Kampung Gong Jaga, Alor Lintah, Jertih dihantar ke bilik mayat Hospital Besut untuk bedah siasat dan punca kematian akibat lemas. Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Sementara itu ibu mangsa, Hasnah Mat Zin yang juga guru di sekolah anaknya hampir pengsan apabila melihat mayat anaknya di pekarangan bilik mayat semalam.

Dia ditenangkan saudara manakala bapa mangsa, pesara Pejabat Tabung Haji, Fauzi Mat berada dalam keadaan uzur.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Alor Lintas, Razali Embong berkata, mangsa merupakan jemaah yang rajin datang solat Maghrib dan Isyak di masjid di kampung itu.

"Sekarang saya tidak dapat lagi bertemu dengannya sedangkan sebelum ini hampir setiap malam termasuk Subuh dia datang bersolat jemaah di masjid ini termasuk bersama keluarganya. Malahan sekurang-kurangnya dua kali dia bersalam dan cium tangan saya di masjid," katanya sedih.

Razali berkata, arwah rajin solat jemaah di masjid dan kali terakhir dia bertemu mangsa Rabu lalu ketika solat Isyak malah dia sempat bergurau dengan mangsa.

-sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads