Rabu, 17 April 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Dato Seri Haji Ahmad Said: Kemudahan asas <b>di Besut</b>

Posted: 25 Mar 2013 06:48 PM PDT


Lebih 30,000 penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman Hulu Besut, akan mendapat kemudahan jalan raya yang lebih besar apabila projek pembinaan laluan Keruak ke Gunung Bongsu, Hulu Terengganu siap sepenuhnya pada 2014.
Jalan berkenaan juga akan memendekkan waktu perjalanan penduduk sekitar daerah Besut yang akan pergi ke utara melalui Ipoh,Perak. Pembinaan jalan fasa pertama sejauh 10 kilometer berharga RM106 juta kini pada tahap 38 peratus siap.
Pembinaan fasa berikutnya membolehkan pengguna jalan raya dari Besut ke Tasik Kenyir seterusnya ke Gua Musang dan Perak, akan menjimatkan waktu perjalanan berbanding sekarang yang menggunakan laluan Kuala Terengganu atau Gua Musang.Pembinaan jalan berkenaan satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan hadiah istimewa kepada penduduk daerah Besut.

Tidak dilupakan, nasib lapan keluarga penduduk Orang Asli,Kuala Sayap, Hulu Besut,tidak pernah diabaikan sebaliknya mereka sentiasa diberi perhatian dalam pelbagai aspek kehidupan.
Pembinaan jalan raya ini turut disertai penduduk Orang Asli dan akan  membantu mereka dalam menikmati kemudahan asas yang lain juga. Malah, dalam setiap program kerajaan terutama Pejabat Daerah Besut, golongan berkenaan sentiaasa diundang bersama supaya mereka dapat bergaul dengan masyarakat setempat.
Mereka juga diberi hak menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sendiri bagi memastikan keperluan asas dan bantuan yang diterima mencukupi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads