Jumaat, 8 Mac 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Gua Sokong Cadangan Kerajaan <b>Negeri Terengganu</b> - Cipan, Tapir <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 06:22 PM PST

Bhai.... Citer tentang siapa individu misteri yang menjadi tandatanya pembaca blog nih seperti yang gua warwarkan semalam gua tangguhkan kepada tengahari nih.... sebab nak memberikan laluan kepada berita yang gua rasa penting nih.... Sungguh...

Betul... kadangkala ader benda yang betul dibuat oleh pihak Kerajaan pimpinan BN kiter kena la setuju dan kata betul... gua sokong usaha untuk mengekalkan semua peniaga Pasar Payang di Kuala Terengganu nih ditempat asal... tanpa seorang pon dipindahkan ke Pasar Chabang Tiga Kuala Terengganu yang terletak lebih kurang 3km dari lokasi asal...

Tapi... peniaga barangan basah di Pasar Payang yang baru tue nanti kena la professional... kena la jaga kebersihan... kena la ikut prosidur... tambah lagi Pasar Payang nih jadi tempat tumpuan pelancong.... Gua punya cadangan tambahan aderlah dengan pihak Kerajaan menyediakan pengawal keselamatan di kawasan itu. Kita tau yang anggota Polis biasa mengawasi kawasan ini... tapi dengan adanyer pengawal keselamatan... keadaan keselamatan dapat lebih terjamin...

Gua berharap... Pasar Payang yang baru dilengkapi dengan kemudahan perbankan dan juga pusat setempat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi memudahkan urusan peniaga dan pelancong. Pejabat TDC juga wajar ditempatkan disini...

Apa pon... gua tahu sentimen yang dibawa oleh Pakatan Rakyat... tapi demi kepentingan semua pihak termasuk pelancong... gua lebih suka cadangan terkini yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri. Pasar Payang aderlah trademark Terengganu... dan ianya perlu kekal sebegitu dengan dipertingkatkan lagi kemudahan asas dan infrastruktur.

KUALA TERENGGANU – Kemelut peniaga di Pasar Besar Kedai Payang berakhir apabila Kerajaan Negeri bersetuju membenarkan peniaga barangan basah seperti ikan, daging dan sayur beroperasi di bangunan baru pasar tersebut apabila pembinaannya siap kelak.

Sebelum ini, segelintir peniaga membantah cadangan projek membina bangunan baru Pasar Besar Kedai Payang empat tingkat dan berdingin hawa kerana peniaga ikan dan barang-barang basah yang berniaga di situ sejak sekian lama akan dipindahkan ke Pasar Cabang Tiga.

Bagaimanapun, selepas perbincangan antara Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dengan ahli jawatankuasa Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu ((PPPKM) kelmarin, kerajaan negeri bersetuju untuk mengekalkan semua peniaga, dengan syarat mereka menjaga kebersihan di premis masing-masing.

Dalam pertemuan itu yang diadakan di Kediaman Seri Iman, Menteri Besar bersetuju menerima cadangan peniaga untuk menempatkan semula semua peniaga yang beroperasi di Pasar Payang ke bangunan baru setelah pembinaannya siap kelak.

"Atas permintaan persatuan, kita bersetuju menerima cadangan untuk menempatkan semula semua peniaga dengan syarat mereka bersedia memenuhi peraturan kita. Saya tak mahu terjadi seperti mana tapak pasar sekarang dengan menghadapi masalah bau.


"Sebab kita menyediakan kemudahan terkini, dengan menyediakan 'freezer' dan sistem 'piping', mereka perlu berdisiplin dan menjaga kebersihan. Sekiranya ada individu yang melanggar syarat, tindakan akan diambil termasuk menyingkirkan mereka daripada mengusahakan perniagaan di pasar," katanya.

Hadir sama, Datuk Bandaraya Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Mat Razali Kassim dan juga Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu, Ibrahim Mohd.

Keadaan sudah tidak sesuai

Sebelum ini, Kerajaan Negeri merancang pembinaan bangunan baru bagi menggantikan Pasar Besar Kedai Payang yang sedia ada selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia mengesahkan ia tidak selamat diduduki dengan kos RM80 juta untuk pasar sahaja.

Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menyediakan 550 bilik dan apartmen 30 tingkat akan turut dibina di tapak yang sama dan projek itu akan dimulakan pada tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan kos keseluruhan lebih RM400 juta.

"Buat sementara waktu, peniaga ditempatkan di pasar sementara yang akan dibina di Pulau Warisan dengan kos RM8 juta dan pembinaan dijangka bermula pada pertengahan tahun ini. Ia mengambil masa enam bulan," katanya.

Ahmad berkata, keadaan Pasar Besar Kedai Payang yang ada sekarang sudah tidak sesuai kerana sempit, kotor dan mencemarkan imej Bandaraya Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri memutuskan untuk membina semula pasar dengan pelbagai kemudahan moden dan struktur baru supaya lebih selamat dan mampu menarik lebih ramai pelancong membeli-belah di situ. - SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads