di negeri terengganu - Google Blog Search |
RAKYAT MARHAEN: Banjir: 2 maut <b>di Negeri</b> Sembilan, <b>Terengganu</b> Posted: 27 Dec 2012 03:52 PM PST KUALA LUMPUR - Dua kamatian akibat banjir dicatatkan setakat pukul 10.30 malam tadi dengan masing-masing satu di Terengganu dan Negeri Sembilan menjadikan mangsa korban meningkat kepada lapan orang. Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), seorang maut akibat lemas di Jelebu, Negeri Sembilan dan seorang lagi di Setiu, Terengganu. Di Terengganu, setakat petang tadi telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu. Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk malam tadi apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 22,609 orang berbanding 21,800 petang tadi. Menurut portal itu, mangsa banjir di Pahang malam ini meningkat kepada 448 orang berbanding 435 petang tadi. Mangsa banjir di Johor kini kekal seramai 13 orang. Sementara itu di KELANTAN, keadaan banjir pada malam tadi tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa banjir berkurangan sedikit kepada 6,809 orang. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah itu merangkumi 2,145 buah keluarga yang telah ditempatkan di 28 buah pusat pemindahan. Jumlah yang dipindahkan di Pasir Mas adalah seramai 4,265 orang, Tumpat (2,329), Kota Baharu (197) dan Pasir Puteh (18). Keadaan cuaca pada malam tadi adalah baik. Dalam pada itu, di TERENGGANU, mangsa banjir meningkat kepada 15,800 orang berbanding 14,894 petang tadi. - Bernama |
Piala FA- <b>Terengganu</b> dan <b>Negeri</b> Sembilan ke Suku Akhir ~ Blues <b>...</b> Posted: 26 Feb 2013 04:24 AM PST KUALA LUMPUR 26 Feb. - Hajat besar Pulau Pinang untuk mencipta kejutan ke atas jaguh pantai Timur, Terengganu tidak kesampaian apabila anak-anak buah E. Elavarasan ternyata terlalu kuat dengan kemenangan 3-0 di Stadium Bandaraya petang ini. Pemain kebangsaan, Ashari Samsudin meletakkan skuad pelawat di hadapan dengan jaringan pada minit ke-2 lagi selepas menerima umpanan G. Puaneswaran sebelum menolak mudah di hadapan gawang Pulau Pinang yang ternganga luas. Walaupun daripada segi corak permainan Pulau Pinang dapat mengimbangi Terengganu, Ashari membuktikan sentuhan penyudahnya semakin berbisa dengan jaringan menarik pada minit ke-59 melalui hantaran lintang Khairul Ramadhan Zauwawi. Khairul Ramadhan melengkapkan kemenangan 3-0 Terengganu melalui larian secara solo dari sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan kencang ke sebelah kanan yang tidak mampu dijangkau oleh penjaga gol tuan rumah, Mohd. Solehin Mohd Rodzi. Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Negeri Sembilan mengesahkan yang mereka bakal menjadi lawan Terengganu di peringkat suku akhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Pos Malaysia melalui jaringan Fauzi Nan pada minit ke-25 dan minit ke-43 oleh Rashid Mahmud. Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team dikecewakan finalis musim lalu, Sime Darby 0-1. Tambah memeritkan, gol kemenangan pelawat adalah hasil jaringan sendiri pemain pertahanan tuan rumah yang juga bekas kapten skuad Penyu, Mazuki Yusof. Lapan pasukan lagi bertarung malam ini untuk merebut baki tempat ke suku akhir iaitu Kelantan yang bertemu PKNS di Kota Bharu, Sarawak-PBAPP FC di Kuching, Kedah dan Johor Darul Takzim di Alor Setar serta pertemuan Pahang menentang Angkatan Tentera Malaysia di Kuantan. - UTUSAN |
You are subscribed to email updates from di negeri terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan