Jumaat, 29 Mac 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


<b>Seberang Takir</b> ~ Blog Siakappaka

Posted: 22 Mar 2013 11:14 PM PDT

Assalamu'alaikum kepada pembaca-pembaca Blog Siakappaka, kali ini penulis ingin menceritakan tentang lokasi memancing ikan gred A di Terengganu iaitu Kampung Seberang Takir Kuala Terengganu. Seperti di dalam gambar, di kawasan inilah menjadi sasaran buruan kaki-kaki pancing 2 dalam 1 untuk memancing ikan-ikan laut dan ikan-ikan sungai kelas
terbaik seperti Ebek, Gerung, Talang, Pari, Siakapputih, Siakapmerah, Kuku, Kerapu dan lain-lain. Jika anda gemar memancing ikan- ikan laut anda bolehlah memancing di sebelah laut, manakala jika anda pula gemar memancing ikan-ikan sungai anda bolehlah memancing di sebelah sungai ataupun kedua-dua sekali serentak mana tau jika ikan laut tak dapat berkemungkinan ikan sungai yang dapat, betul kan. Seberang Takir terletak bersebelahan pinggir bandar Kuala Terengganu yang dipisahkan oleh sebuah sungai dan muara. Jika anda berada di Pasar Payang dan Bazar Warisan perkampungan jelas kelihatan tidak jauh dari situ. Ada dua cara untuk ke Kampung Seberang Takir samaada melalui jalan darat ataupun melalui jalan sungai dengan menaiki bot penambang. Bot penambang sudah sinonim dengan penduduk-penuduk di perkampungan seberang sungai besar Kuala Terengganu terutamanya penduduk-penduduk kampung Seberang Takir kerana ianya adalah pengangkutan air yang sering digunakan untuk ke bandar Kuala Terengganu kerana jaraknya lebih dekat jika dibandingkan dengan jalan darat, dengan tambang hanya RM1.00 untuk perjalanan sehala, anda bolehlah merasai bagaimana menaiki bot penambang dan melihat kehidupan penduduk kampung di sini seperti aktiviti-aktiviti nelayan, memancing, membuat kerepuk lekor, membuat ikan kering, membuat batik dan permainan layang-layang atau wau. Sejarah Seberang Takir: Pada zaman dahulu, Seberang Takir hanya dikenali dengan panggilan 'Seberang' sahaja dan tiada penduduk pun yang menetap di situ. Pada waktu itu, negeri Terengganu diperintah oleh Sultan Zainal Abidin. Semasa pemerintahan baginda, negeri Terengganu mengamalkan sistem perundangan Islam. Di antara undang-undang kanun ketika itu ada menyebut apabila seseorang rakyat Terengganu atau orang-orang yang bermastautin di Terengganu, jika ditangkap kerana mencuri atau sabit kesalahannya, maka dia akan dikenakan hukuman takir tangan ataupun takir kaki. Perkataan 'takir' di sini bermaksud kerat ataupun potong. Jadi, pada suatu hari, dua orang lelaki telah ditangkap kerana mencuri barang kemas di sebuah rumah penduduk di daerah Kuala Terengganu. Lelaki itu adalah Pak Said dari Manir dan Pak Abdullah dari Kampung Chabang Tiga. Selepas dibicarakan, Pak Said dijatuhi hukuman takir tangan kanan sehingga putus kerana mengambil barang kemas tersebut. Pak Abdullah sebaliknya telah dijatuhi hukuman takir kaki kanan kerana bertangungjawab dalam merancang dan mengajak Pak Said untuk mencuri. Selepas itu, kedua-duanya dibawa dari Kuala Terengganu ke tempat penjatuhan hukuman oleh beberapa budak suruhan raja dan juga seorang 'petunda' yang bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman. Mereka dibawa menaiki perahu. Akhirnya perahu itu singgah di Seberang Takir dan Pak Said dan Pak Abdullah dibawa ke satu tempat di hujung tanjung. Akhirnya, hukuman pun dijalankan. Selepas itu, rakyat di Terengganu mula memanggil tempat itu sebagai Seberang Takir. Sumber dari kalampatah Kesimpulannya: Seberang Takir merupakan sebuah pekan yang terletak di Kuala Terengganu Negeri Terengganu, Malaysia. Seberang Takir merupakan sebuah perkampungan nelayan, yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan. Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh.

SK Kompleks <b>Seberang Takir</b> terima Bantuan Persekolahan <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 04:57 PM PST

Sejak kerajaan memberikan wang tunai RM100 melalui Bantuan Khas Awal Persekolahan yang bermula 15 Januari lalu, ramai murid Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara telah menerima sumbangan tersebut.

Seramai 639 murid Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir turut menerima keistimewaan itu dalam satu majlis yang diadakan di sekolah terbabit, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato' Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, dengan pemberian bantuan tersebut diharap dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Beliau turut menasihatkan agar ibu bapa melakukan transformasi terhadap kaedah mendidik anak-anak dengan menggunakan cara yang betul dan lebih berkesan.

"Cara mendidik anak pada masa dahulu dengan sekarang sangat berbeza.

"Dulu tidak ada masalah ibu bapa merotan anak-anak untuk tujuan menjadikannya sebagai tauladan dan ingatan tetapi kini jika tersilap cara boleh dikira sebagai kes dera," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, hari ini.

Katanya, ibu bapa perlu peka dengan sikap anak masing-masing dan menggunakan pendekatan yang terbaik dalam mendidik mereka supaya menjadi insan yang berguna.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Seberang Takir juga berharap, orang Melayu dan Islam sentiasa bersatu supaya generasi akan datang terus menikmati pelbagai keistimewaan terutamanya dalam bidang pendidikan dan kebajikan di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional dan Umno.

Peluru Ajaib: 2000 Bendera BN <b>Seberang Takir di</b> Bakar Setan.

Posted: 02 Mar 2013 10:15 AM PST

Malam ini ANAK di kejutkan dengan satu berita pada jam 11 mlm tadi  2000 bendera BN di bakar oleh dajal. Mereka ini tidak senang dengan persedian jentera Parti UMNO Seberang Takir dal siap siaga dan bersedia untuk menghadapi PRU13.

Inilah sifat yang yidak matang di tunjukkan oleh pihak pembangkang yang bermain politik longkang dan ridak bermaruah. Mereka cuba untuk Sabotaj persedian pemuda UMNO Seberang Takir di dalam gelombang anak muda bersama BN untuk menguasai saluran muda di setiap peti undi.

Kerisauan mereka menyebabkan mereka mengambil sikap jahat dan tidak bertamadun dengan membakar bendera BN yang ei simpan untuk di pasang pada bila2 masa.

Peristiwa ini menunjukkan sikap terdesak pembangkang dalam menghadapi pru13 nanti.

Peristiwa ini akan menaikan semangat kami InsyaAllah dalam perjuangan alif baa dan ta, demi agama, bangsa dan tanah air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads