Keunikan 76 – Kenali Masjid Kristal Terengganu (sambungan TTI)
Masjid yang terkenal di negeri Terengganu ini terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Mercu tanda yang menjadi ikon bagi Taman Tamadun Islam (TTI) ini diperbuat daripada kristal
kaca dan
keluli menjadikannya unit dan istimewa.
Ia dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.
Bandar Kuala Terengganu yang diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Januari sebelum itu diserikan lagi dengan perasmian Masjid ini. Keindahannya telah menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke negeri Terengganu, Malaysia ini.
Masjid yang mempunyai keluasan 2,146 meter persegi boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia. Ia dilengkapi dengan kemudahan untuk mengakses internet dengan liputan WIFI bagi membolehkan pembacaan al Quran elektronik.
Masjid yang cantik di bahagian luar dan dalam ini mempunyai kombinasi warna yang harmoni iaitu putih dengan warna kristal keemasan disulami permaidani merah lembut menutupi bahagian lantainya.
Tidak dapat hendak digambarkan dengan jelas hanya dengan kata-kata dan tulisan, melainkan anda datang ke sini dan melihat sendiri apa yang penulis ingin gambarkan.
Foto-foto yang sempat dirakamkan ini mungkin boleh menterjemahkan sedikit sebanyak apa yang penulis ingin katakan. Mari kita lihat……………..
|
Pelajar SMAASZA (anak didik) bergambar di hadapan Masjid Kristal Info Penting Cara untuk datang ke sini - Bas Cas Ligas (Bas Bandar) yang berlepas dari Taman Shahbandar Kuala Terengganu setiap hari seawal jam 6 pagi hingga 10 malam. - Teksi bagi yang datang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau Stesyen Teksi di Kuala Terengganu - Bot Penambang yang bertolak dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu Untuk Pertanyaan boleh hubungi TTI Management Sdn. Bhd Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Malaysia Tel : 609 6278888 Fax : 609 6309020 Web : www.tti.com.myCUTI-CUTI KE PULAU WAN MAN BAWA KELUARGA MELIHAT KEINDAHAN SENIBINA MASJID KRISTAL |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan