Ahad, 10 Mac 2013

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: JPJ sasar 85 peratus perkhidmatan online

Posted: 10 Mar 2013 12:09 AM PST

Oleh; Esah Abdullah

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mensasarkan peningkatan perkhidmatan secara online kepada 85 peratus menjelang 2015.

Ketua Pengarah JPJ, Dato' Sri Solah Mat Hassan berkata, jabatan menggalakkan orang ramai membuat urusan melalui saluran online berdasarkan persekitaran semasa rakyat mempunyai akses kepada internet.


"Selain daripada saluran altenatif iaitu di kaunter pejabat pos dan secara online melalui e-khidmat selain 15 pejabat JPJ negeri serta 115 buah cawangan di seluruh negara," katanya kepada pemberita di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JPJ Malaysia di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu semalam.

Namun begitu katanya, JPJ melihat perkhidmatan melalui kaunter masih diperlukan di kawasan-kawasan terpinggir dan luar bandar yang mempunyai akses perkhidmatan agak terhad.

Menurutnya, JPJ mempunyai dua strategi untuk menambah bilangan pejabat iaitu menaik taraf Stesen Penguatkuasa (SPK) yang sebelum ini hanya melaksanakan aktiviti operasi penguatkuasaan sahaja.

"Tahun lalu kita telah menaik taraf SPK Seri Lalang kepada Pejabat JPJ Cawangan Kluang, Johor yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran baru kenderaan persendirian, pengeluaran dan pembaharuan Lesen Memandu serta Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), tukar milik kenderaan dan bayaran saman," katanya.

Katanya, sejak pejabat JPJ cawangan Klaung ini beroperasi pada April tahun lalu, pihaknya berjaya membuat kutipan hasil sebanyak RM10.8 juta.

 Sehubungan itu, usaha penaiktarafan SPK kepada pejabat cawangan merupakan penyumbang kepada peningkatan kutipan hasil jabatan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads