Khamis, 21 Mac 2013

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


Kompleks Tekstil <b>Kijal</b> Tarik Pelabur China | Terengganu Today

Posted: 11 Dec 2012 06:06 PM PST

KOMPLEKS Tekstil Kijal yang dijangka dibuka April tahun depan berjaya menarik pelaburan baru dari syarikat tekstil Guangzhou, China, sekali gus menjadikan Bandar Baru Kijal sebagai hab tekstil di Asia Tenggara.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, syarikat berkenaan bukan sahaja akan beroperasi di kompleks tekstil yang telah siap, malah syarikat itu juga akan membina sebuah lagi bangunan reka bentuk sama dengan kompleks tekstil tersebut.

Menurutnya, bangunan reka bentuk sama itu akan dibina bersebelahan Kompleks Tekstil Kijal yang sedia ada.

"Pelabur dari China ini akan membawa masuk pelbagai produk termasuk kain, zip dan sebagainya yang dikeluarkan mereka dan akan memasarkannya di Bandar Baru Kijal, seterusnya menjadikan kawasan ini sebagai hab tekstil negara.

"Syarikat ini akan memindahkan operasinya di Singapura ke Bandar Baru Kijal," katanya selepas menyempurnakan perasmian penutup dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Memasak Bubur Asyura Peringkat Daerah Kemaman 2012, anjuran Pejabat Daerah Kemaman di Padang Bola Sepak Binjai, dekat sini, semalam.

Mengulas lanjut, kata Ahmad Said, bangunan baru berkenaan dijangka mula dibina tahun depan, sekali gus membantu merancakkan lagi pembangunan di kawasan berkenaan.

Katanya, syarikat tersebut adalah pengilang tekstil terbesar dan untuk sebuah kilang sahaja, mereka mempunyai seramai 10,000 pekerja.

Ditanya mengenai sambutan peniaga tempatan terhadap lot kedai yang disediakan di kompleks tekstil itu, beliau berkata, setakat ini tidak sampai 10 peniaga Bumiputera yang berminat untuk menyewa lot kedai.

"Jadi yang selebihnya diberikan kepada syarikat dari China ini. Kita telah buka peluang kepada orang tempatan untuk menyewa tetapi nampaknya tak ramai yang berminat," katanya. – teganukita.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads