Khamis, 14 Februari 2013

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Tinta Asyraf: TERKINI: 2 Peragut Mati Disembelih <b>Di</b> Kg Jerong <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 04:05 AM PDT


MARANG- 18/10/12. Begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung Jerong Surau, Wakaf Tapai, menurut saksi, Haji Zull 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu. Tetapi sempat dihalang oleh jirannya. Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa-apa barang yang berharga yang didapati pada peragut itu.

Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung di situ pula yang berang pada peragut itu telah memerintahkan anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut itu, kaki-kaki peragut itu diikat. Kedengaran takbir bergema. Dia telah menyembelih peragut tanpa rasa belas kasihan. Darah menyembur keluar, orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu kerana yang disembelih itu ialah seekor kambing dan seekor lembu yang meragut rumput untuk disembelih  di hari raya korban.
Salam Aidiladha kepada Muslimin dan Muslimat...Jangan Marah ha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads