Sabtu, 9 Februari 2013

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Klinik Ummi: Travelog Percutian 3 : <b>Di Pulau Kapas</b> Bersama <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 08:14 PM PDT

Assalamualaikum.

1 Jun 2012 - Buat kali pertamanya, Ummi sekeluarga bercuti di Pulau Kapas! Umur Ummi dah masuk 42 tahun tapi tak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana pulau di Terengganu ini. Bunyinya aja orang Terengganu...hehehe. Abi orang Johorpun sekurang-kurangnya dah sampai ke Pulau Redang walaupun perginya atas tugasan khidmat masyarakat.

Anak-anak excited tak terkira. Sayangnya Along dan Angah tiada bersama. Terasa sedikit kejanggalan bercuti tanpa anak-anak lelaki Ummi. Walaubagaimanapun dek kerana ini adalah program khusus Hari Keluarga anjuran Papisma Terengganu, Ummi memang tak akan melepaskan peluang untuk turut bersama. Kalau tak kerana pergi beramai-ramai ni, rasanya dah susah Ummi nak sampai ke pulau. Bukan apa, ada orang tu seriau bila diajak naik bot...hahaha.



Keesokan Paginya... Selesai bersarapan, akhirnya tibalah masanya untuk kami bertolak ke lokasi snorkeling! Inilah dia saat yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Mak ayahpun apa kurangnya...hehe.
Selamat tinggal Pulau Kapas. InsyaAllah semoga percutian di Pulau Kapas kali ini bukanlah yang pertama dan terakhir buat kami. Dah janji juga dengan Along dan Angah, kalau mereka balik dari Mesir nanti InsyaAllah kita akan ke pulau lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads