Jumaat, 8 Februari 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


ICT Dan i-City <b>Kuala Terengganu</b> | Hidup Biar Sedap

Posted: 04 Jan 2013 08:08 PM PST

Ni cerita percutian hujung tahun ke Pantai Timur yang tak habis lagi. Selepas ke Muzium Sungai Lembing , ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan , melawat Tanjung Agas dan makan Murtabak Mengkasar, kami  check out dari Legend Resort Cherating dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Saya merancang untuk balik ke KL melalui Kuala Terengganu dan suami akan terus balik ke tempat kerja di Hulu Terengganu.

Dari Cherating ke Kuala Terengganu lebih kurang 170 KM .

Dijangkakan kesesakan teruk  kerana  projek pembinaan jambatan baru Bukit Kuang, kami mengambil jalan alternatif  Chukai- Kampung Ibok- Kijal .  Bukannya pernah lalu pun jalan tu, tapi sempat baca papantanda jalan alternatif ke Kuala Terengganu.

Bila lalu jalan ni, terjumpa Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman yang terletak di Kampung Ibok/Bukit Takal. Baru bercadang-cadang nak berhenti, hujan turun betul-betul di depan mini zoo.

Sampai di Kuala Terengganu hampir jam 5.00 petang.  Cari hotel yang berdekatan stesen bas kerana senang nak balik ke KL esok paginya.  Lepas Check in di DJ Citi Point Hotel Kuala Terengganu, kami mengoogle maps mencari Teluk Ketapang. Kata orang ada ICT di situ. Orang bercerita tempat ini sangat popular di Kuala Terengganu kerana menu ICTnya.

Hari hotel,  melalui Jambatan Tengku Mizan .  Selepas jambatan, belok kanan ke arah Seberang Takir.  Teluk Ketapang berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

ICT Pok LOngAkhirnya sampai sejam sebelum kedai ditutup. ICT – Ikan Celup Tepung Pok Long, Teluk Ketapang.

Memang ramai orang walaupun hujan selebat-lebatnya.  Bukan saja kereta persendirian,  pelawat dengan bas pelancongan pun ada.

ikan celup tepungKalau kat sini, memang tak 'lalu' sangat nak makan ikan celup tepung.  Maklum ikan dah seminggu sejuk beku.  Tapi di sini ikan dan makanan laut sangat segar.   Kami ambil kan kembung dan ikan pari celup tepung.

udang goreng tepung sedapUdang Celup Tepung ini sepinggan RM 5

keropok losong sedapKeropok ikan .  Kalau kat sini kita makan keropok tepung perasa ikan.  Kat ICT Pok Lang,  memang keropok ikan yang betul-betul mengandungi  kandungan ikan.  Satu tu harganya RM 0.50.  Sos cicah pun sedap.

Kami juga ambil sotong celup tepung.  Tak sempat nak ambil banyak gambar kerana melayan nafsu…hiks!

Tetapi…….  Kuala Terengganu memang mempunyai i-Citynya.

Balik dari Teluk Ketapang , kami luangkan masa pusing-pusing bandar Kuala Terengganu.

kuala terengganu waktu malamNampak saja pokok berlampu warna warni , mesti akan cakap i-city.

lampu ictLokasinya terletak di Pulau Warisan , Jalan Hiliran berdekatan dengan Chinatown.  Kuala Terengganu .   Saya tak pernah ke i-City Shah Alam walaupun dekat , tetapi dapat pula melawat i-City Kuala Terengganu walaupun tidaklah sehebat i-City Shah Alam.

Yang pasti percuma, tak semahal i-city Shah Alam.  Parking pun percuma.

tempat menarik di  kuala terengganuMerentangi terusan ini ada satu jambatan besi yang cantik.  Bukan Putrajaya saja ada jambatan gagah menarik, Kuala Terengganu pun ada.

penyu terengganu Penyu pun ada kat Kuala Terengganu.  Kedudukan tersorok arca ini masih dapat kami kesan!

kampung cina di kuala terengganuPulau Warisan ini terletak di belakang Kampung   Cina  di muara Kuala Terengganu berselebelahan  Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu

jagung bakar

Dua kali pusing melalui kawasan ini, kami ke Pantai Batu Buruk.  Beli jagung bakar dan  luangkan 15 minit di pesisir pantai ini.

Kuala Terengganu betul-betul ada i-city  dan ICT ( Ikan Celup Tepung )

©kujie – ada banyak gambar tetapi tak berapa rajin nak menulis. :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads